in ,

Senarai Lagu Konsert Minggu Pertama Gegar Vaganza Musim Ke-6

“KEMBALI BERONTAK DALAM RENTAK”, PESERTA GV6 BANGKIT MEREVOLUSIKAN DIRI DAN MUZIK UNTUK KEKAL RELEVAN DALAM INDUSTRI

Pertandingan nyanyian popular yang ditunggu-tunggu sudahpun tiba! Pastinya, para peminat seni hiburan tanah air sudah tidak sabar lagi untuk menantikan pentas ‘Gegar Vaganza’ musim keenam atau ‘GV6’ dibuka secara rasminya untuk menyaksikan gegaran bintang kembali menyengat dan ‘memberontak dalam rentak’,

Gegar Vaganza Musim Ke-6

Konsert ‘GV6’ di minggu pertama akan dibuka dengan tema yang pastinya bakal mengimbau memori lama kerana para peserta yang disegani telah diberi cabaran untuk menyanyikan semula lagu-lagu hits mereka yang pernah menjadi siulan suatu ketika dahulu.

Untuk pusingan ini, kesemua 13 peserta akan menyampaikan lagu-lagu popular masing-masing, dengan Ameer Sofarz menyampaikan lagu ‘Janjiku’, Feeza (Ungkapan Kata Bernafas Cinta), Hady Mirza (Angkasa), Jatt Ali (Intro Cahaya Aidilfitri & Khayalan), Kool (Bebas), Mazleela (Tabah), Naqiu Boboy (Episod Cinta), Norshila Amin (Rambu Ramba), Nurfatima (Selembut Sutera), One Nation Emcees (Anak Kampung), Roy (Ratnaku), Sham Visa (Dalam Gerimis) dan Wann dengan lagu ‘Bossanova’.

Siapakah yang akan menjadi juri jemputan dan siapakah yang bakal tersingkir?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tentang Filem ANAK PERJANJIAN SYAITAN Yang Anda Perlu Tahu

Adira Tegas Mahu Berpisah, Guna Kaedah Hakam Tuntut Diceraikan