in

Senarai Kumpulan Ke Finalis Bintang Mencari Bintang

Konsert penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang (BMB2) yang telah berlangsung pada malam Ahad yang lalu (18 Mei 2014) menyaksikan anak didik TOKAN (Faizal Ismail), OOOOO (Afdlin Shauki) dan LAMPU (Saiful Apek) mara ke pusingan separuh akhir BMB2 dan bakal bersaing dengan 3 anak didik terbaik daripada Kumpulan B.

PK, anak didik kepada Ebby Yus berjaya menjuarai konsert penentuan Kumpulan A dengan 67.4 markah serta memenangi jam tangan G-Shock sumbangan Radiglow. Namun sayangnya PK hanya berjaya mengumpul markah sebanyak 216.7 di peringkat kumpulan dan itu gagal melayakkan mereka ke pusingan seterusnya. Turut tersingkir pada malam Ahad yang lalu iaitu JEBAT (Adlin Aman Ramlie) dengan 206.8 markah dan TAKTIH (Harun Salim Bachik) 161.6 markah.

Anak didik dari Kump A yang mara ke pusingan separuh akhir

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad pukul 9.00 malam, BMB2 membariskan 6 Sifu yang bukan calang-calang orangnya dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Faizal Ismail, Ebby Yus, Saiful Apek dan Adlin Aman Ramlie untuk mengetengahkan bakat baru dalam bidang sketsa komedi dan nyanyian.

[pullquote] Kalau diimbas kembali pada awal program BMB2, iaitu pada episod pertama dan kedua, hanya beberapa anak didik yang dilihat mampu menyerlah. Bagaimanapun, setelah menyaksikan persembahan BMB2 sepanjang enam episod ini, spekulasi itu ternyata berbeza.[/pullquote]

Rata-rata anak didik yang mendapat bimbingan Sifu masing-masing mempamerkan persembahan yang meyakinkan malah ada juga di antara mereka tampil membuat persembahan dengan menampilkan idea-idea yang begitu kreatif.

Jika sebelum ini anak didik pernah diberi cabaran untuk membuat persembahan sketsa komedi yang bertemakan ‘silent comedy’ serta membuat persembahan bersama selebriti, minggu ini pula menerusi konsert keempat Kumpulan A, anak didik diberi peluang untuk membuat persembahan yang bertemakan bebas.

Kumpulan A yang terdiri dari TOKAN, PK, JEBAT, TAKTIH, OOOOO dan LAMPU akan mempersembahkan sebuah sketsa komedi tema bebas selama 3 minit dan nyanyian selama 2 minit. Minggu ini giliran anak didik kepada Adlin Aman Ramlie iaitu ‘JEBAT’ membuka tirai dengan persembahan mereka yang bertajuk ‘Ujian Akhir Junior Komando’ diikuti OOOOO (Afdlin Shauki) dengan mempersembahkan sketsa ‘Nikah’, LAMPU (Saiful Apek) tampil dengan sketsa ‘Hari Guru’, TAKTIH (Harun Salim Bachik) dengan sketsa bersahaja mereka yang bertajuk ‘Penyamun’, PK (Ebby Yus) dengan sketsa ‘Anak Siapa’ dan TOKAN (Faizal Ismail) muncul dengan sketsa ‘Bahasa SMS’. Selepas kesemua anak didik selesai membuat persembahan, penonton akan dihidangkan dengan persembahan juri jemputan iaitu Azlan (Azlan & The Typewriter) yang akan menyanyikan lagu Bukan Ugutan.

Menurut Penerbit Eksekutif Bintang Mencari Bintang 2, Muhamad Sufian Isa:

“Kami telah memberikan peluang yang sewajarnya buat para anak didik untuk membuktikan kehebatan seiring dengan bakat yang mereka miliki. Sepanjang 4 persaingan yang berlangsung, kita dapat saksikan sendiri bakat, kesungguhan dan usaha setiap anak didik dari Kumpulan A yang mereka curahkan dalam persembahan mereka. Boleh saya katakan di sini, kesemua anak didik dari Kumpulan A berjaya menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan termasuklah anak didik yang tersingkir pada malam ini. Diharap agar penyingkiran ini menjadi titik tolak buat anak didik PK, TAKTIH dan JEBAT bagi memperbaiki diri dan terus mengejar cita-cita mereka untuk menjadi penghibur tanah air yang berjaya. Kepada anak didik yang masih bertahan sehingga ke peringkat separuh akhir kami berharap mereka dapat terus berusaha untuk berjaya di pentas Bintang Mencari Bintang.”

Seramai 23 anak didik yang terdiri daripada 1 peserta solo dan 11 peserta kumpulan dipilih untuk menggamatkan saingan BMB2 kali ini. Setiap Sifu akan mempunyai dua anak didik yang bertanding iaitu satu dari Kumpulan A dan satu lagi dari Kumpulan B. Bagi saingan peringkat pertama, anak didik akan berentap mengikut kumpulan selama empat minggu dan anak didik yang mendapat markah terendah akan disingkirkan. Kemudian bagi peringkat kedua, anak didik dari Kumpulan A dan B yang belum tersingkir akan bertemu untuk bersaing di peringkat separuh akhir. Sebelum tiba minggu terakhir, hanya lima kumpulan, layak berentap di peringkat akhir BMB2 untuk merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200,000 berserta trofi.

Sepanjang 16 episod, BMB2 menampilkan Adibah Noor dan Achey sebagai pengacara program. Selain itu, BMB2 turut menampilkan nama besar di dalam industri tanah air, ikon yang cukup berpengalaman dan sememangnya ‘otai’ di dalam bidang hiburan iaitu Fauziah Ahmad Daud (Ogy) untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu. Manakala, dua lagi juri tetap bagi musim ini iaitu A.R Badul akan menjadi juri untuk konsert Kumpulan A dan Ahmad Idham juri untuk konsert Kumpulan B. Minggu ini, Azlan (Azlan & The Typewriter) tampil sebagai juri jemputan.

Untuk musim kedua ini, format permarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar seni persembahan, wartawan, golongan semi-profesional dalam industri sketsa komedi dan nyanyian. Juara BMB2 akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000 berserta trofi.

Buat penonton dan peminat setia BMB2 bolehlah menghantar undian melalui dua cara iaitu melalui SMS dengan menaip BMB Nama Kumpulan dan hantar ke 33399 atau undian secara pukal, BMB5 Nama Kumpulan dan hantar ke 33399 atau melalui undian di akaun WeChat_BMB2014.

Di samping itu, penonton turut boleh menilai persembahan anak didik BMB semasa persembahan konsert berlangsung menerusi ‘Skala Bintang’ yang boleh didapati di www.tv3.com.my/bintang. Kemudian gerakkan skala bintang untuk mengundi persembahan anak didik. Keputusan penilaian ‘Skala Bintang’ akan muncul di kaca televisyen semasa konsert BMB2 bersiaran secara langsung.

Sementara itu, penonton berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat kesemua anak didik BMB2 menerusi KOMIK BMB yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Ahad jam 5.30 petang. Program yang dihoskan oleh bekas anak didik BMB musim pertama iaitu kumpulan Titan ini juga akan membawa penonton melihat gelagat anak didik serta perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas latihan dan juga perkara-perkara yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas BMB2.

Ikuti konsert mingguan BMB2 yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Isa yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada setiap hari Ahad bermula jam 9.00 – 10.30 malam. Acara kemuncak BMB2 dijangkakan berlangsung pada 22 Jun 2014.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang BMB2, penonton boleh melayari sesawang rasmi BMB2 di www.tv3.com.my/bintang dan laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#BMB2014) untuk menghangatkan lagi bahang BMB2! Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

BMB2 menampilkan D’HERBS sebagai penaja utama, WeChat sebagai penaja media sosial rasmi, Hot FM sebagai radio rasmi dan Hotel De Art sebagai penginapan rasmi peserta.

Berikut adalah carta kedudukan markah anak didik BMB2:

Sifu & Anak Didik Konsert 1 Konsert 2 Konsert 3 Konsert 4 Markah Terkumpul
Kumpulan A

OOOOO (Afdlin Shauki)

TAKTIH (Harun Salim Bachik)

TOKAN (Faizal Ismail)

JEBAT (Adlin Aman Ramlie)

PK (Ebby Yus)

LAMPU (Saiful Apek)

 

47.1

56.2

54.7

41.6

57.5

61.9

 

49.8

42.4

54.8

68.3

38.5

47.1

 

66.3

30.4

71.7

42.9

53.3

48.3

 

58.1

32.6

58.2

54.0

67.4

59.7

 

221.3

161.6

239.4

206.8

216.7

217.0

Sifu & Anak Didik Konsert 1 Konsert 2 Konsert 3 Konsert 4 Markah Terkumpul
Kumpulan B

MMMMM (Afdlin Shauki)

EHAH (Harun Salim Bachik)

GBOB (Faizal Ismail)

KEPOH (Adlin Aman Ramlie)

SUMBU (Ebby Yus)

2AZ (Saiful Apek)

 

63.6

49.8

66.0

52.3

71.3

60.9

 

78.2

62.3

43.6

62

49.1

36.9

 

62.1

61.8

50.8

61.0

55.2

41

 

203.9

173.9

160.4

175.3

175.6

138.8

Persembahan JEBAT (Adlin Aman Ramlie)

Persembahan OOOOO (Afdlin Shauki)

Persembahan LAMPU (Saiful Apek)

Persembahan TAKTIH (Harun Salim Bachik)

Persembahan PK (Ebby Yus)

Persembahan TOKAN (Faizal Ismail)

Ketika di sesi penyingkiran

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Asian Youth Fashion Week 2014

Daya Tarikan ‘Stunt’ Angry Birds Yang Memukau