in

Senarai Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 29

Pada jam 9 malam ini, kita akan melihat sebuah lagi lagu dijulang menjadi juara di Anugerah Juara Lagu Ke-29 yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Stadium Putra, Bukit Jalil. Sebanyak 12 lagu dipersembahkan dari finalis di pentas berprestij yang menjadi platform untuk menghargai dan mengiktiraf komposer dan penulis lirik dan penyanyi serta sesebuah lagu secara keseluruhan.

Acara dihoskan oleh gandingan dua pengacara iaitu Scha Alyahya dan AG Hot FM. Manakala Juliana Evans dan kumpulan Titan (Bintang Mencari Bintang Musim 1). Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS pula memimpin persembahan. Sepuluh orang juri telah dilantik untuk mengadili pertandingan ini.

Pemenang Anugerah Juara Lagu 29

Budiey suka dengan persembahan pembukaan kerana ia betul-betul membawa tema Gema Dalam Muzik. Ia memberi interpretasi tema AJL29 apabila mengetengahkan alat muzik yang dimainkan secara battle oleh Black Wings, Joe Wings, Ujang Exist, Rody Kristal, Genervie dan Yanz Lefthanded. Bertambah gempak apabila Datuk M.Nasir muncul menyanyikan  dengan persembahan medley Hati Emas dan Mentera Semerah Padi.

Enam protoge Mentor Legend iaitu Azmil, Fahmie, Tuah, Aina, Nadeera dan Sarah turut mengadakan sebuah persembahan khas bagi mengenang bencana dan musibah yang melanda negara sepanjang 2014.

Selain itu kumpulan terkenal Headwind, Tomok dan Ronnie turut memberikan persembahan pada malam itu.

10898271_10153519397873332_338327516285567938_n

Persembahan ROMANCINTA dari Mojo mendapat tepukan gemuruh dan standing ovation daripada penonton. Sangat menyentuh perasaan.  Terus terang cakap, persembahan Mojo dengan pengampilan khas vokalis yang cukup gempak itu memberi satu simbolik di mana kesempurnaan bukanlah apa yang kita lihat oleh mata, tetapi apa yang diberi oleh jiwa seikhlasnya. Budiey pernah menonton persembahan kumpulan buskers yang menjadi tunjang Mojo ini di depan Sogo. Kalau nak tahu, vokalis namanya Chalip, seorang OKU berbakat besar dan hebat. Salute dengan Edry. Cukup menyentuh jiwa. Ramai penonton yang menangis.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Persembahan 12 finalis AJL 29 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito, Faizal Tahir, Acis, Loque, Cat Farish, Azlan Abu Hassan dan Moots (Pop Shuvit). Azmeer bertindak sebagai ketua juri pada acara itu.

Penghakiman dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Senarai Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 29

Juara Lagu telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain ialah Apa Khabar – Joe Flizzow & Sonaone

Naib juara AJL29 dimenangi oleh lagu: Masih Aku Cinta – Shila Amzah

Pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu : Di Pintu Syurga – Dayang Nurfaizah

Persembahan Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah  – Di Pintu Syurga

Persembahan Terbaik: Mojo (RomanCinta)

Para pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-29 menerima hadiah yang lebih lumayan iaitu selain trofi, hadiah wang tunai juga telah dinaikkan. Bagi juara AJL29 mereka menerima wang tunai sebanyak RM50.000. Naib juara pula akan menerima RM35,000 dan tempat ketiga RM20,000. Bagi kategori vokal terbaik dan persembahan terbaik masing-masing akan membawa ganjaran RM12,000.

Budiey tengok setiap tahun, sambutan penonton dan peminat muzik begitu meriah tapi malangnya, Jelas sekali Budiey tengok ramai peminat berlumba-lumba mahu datang tengok live dan mencari tiket. Tapi sayangnya, mereka tidak membangkitkan industri muzik yang semakin nazak. Isu cetak rompak dan download sesuka hati seperti dah biasa dah sekarang ni.

Budiey rasa kesemua persembahan finalis begitu kreatif dan bersungguh-sungguh tampil dengan idea kreatif bagi merealisasikan tema dan konsep Gema Dalam Muzik.

Budiey ingin mengucapkan tahniah buat semua krew dan produksi TV3 khususnya yang begitu bekerja keras bagi memastikan Anugerah Juara Lagu ke 29 berjalan dengan lancar dan yang penting tiada sebarang kecacatan. Walaupun ada kelemahan tapi ia langsung tak menjejaskan. Cuma, Budiey harap untuk tahun akan datang, AJL30 akan jadi lebih baik dari tahun ini.

AJL 29 dipancarkan oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai penaja utama dan Nu Sentral selaku penaja bersama.

Budiey kira, TV3 telah berjaya menjadikan Anugerah Juara Lagu (AJL) sebagai wadah untuk memartabatkan industri muzik tanah air terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik. Congrats kepada semua pemenang Budiey ucapkan.

10360216_10153519397423332_5936950389709459154_n

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

EKSKLUSIF: Hafiz Suip Fitting Baju AJL29 Di Butik Hatta Dolmat

Video Gadis Bertudung Dipeluk B1A4 Trending Di Youtube Malaysia