in , ,

Senarai Filem Bakal Ditayangkan di Pawagam Julai Ini

Buat moviegoers dan kaki wayang di luar sana, haaa nah! Ini dia senarai beberapa seleksi filem yang akan ditayangkan sepanjang Julai ini di pawagam berdekatan dengan anda! Jom kita semak sama-sama. Filem manakah yang paling korang teruja sangat mahu tonton nanti? Budiey nak tengok filem TRAIN TO BUSAN 2 : PENINSULA dan MULAN! Tak sabar!

Rasanya ramai kaki wayang tak sabar untuk menonton wayang di pawagam. Yelah, asyik duduk makan popcorn di sofa kat rumah je layan Netflix, dimsum, iflix, Viu dan sebagainya itu. Sudah tentu pengalaman menonton filem hebat-hebat di pawagam sangat sangat berbeza ya kalau nak dibandingkan menonton sambil berpelikat kat rumah tu kan? Nak tahu senarai filem yang akan ditayangkan pada bulan Julai nanti? Sudah tentu nak tahu kan?

Baru-baru ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan satu berita baik di mana panggung wayang di Malaysia akan dibenarkan beroperasi semula bermula 1 Julai ini.

Pawagam Akan Dibuka Semula Mulai 1 Julai Ini

Biarpun begitu, kerajaan menegaskan untuk pemilik rangkaian pawagam mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Dalam pengumuman tersebut, kerajaan membenarkan aktiviti pawagam, teater dan acara secara langsung dibuka semula di dewan tertutup mulai 1 Julai ini.

Filem Paling Hebat Julai Ini di Pawagam?

Kapasiti maksimum untuk aktiviti-aktiviti berkenaan hanya dihadkan kepada 250 atau kurang daripada jumlah itu, bergantung kepada keluasan kawasannya dan mereka perlu mematuhi Standard Operating Procedure (SOP), termasuk memakai pelitup muka, periksa suhu dan menyediakan cecair pembasmi kuman.

Susulan pengumuman itu, pawagam-pawagam tempatan termasuk GSC, TGV Cinemas dan MBO Cinemas telah berkongsi berita baik tersebut menerusi laman media sosial masing-masing.

Pengumuman itu telah dibuat kurang dari tempoh seminggu selepas kerajaan negeri Sabah mengumumkan pembukaan semula panggung wayang di Borneo pada 17 Jun. Walau bagaimanapun, semua panggung wayang di sana masih belum dibuka susulan tundaan kelulusan SOP daripada kerajaan negeri itu. 

Senarai Filem Bakal Ditayangkan di Pawagan Bulan Julai Ini
Senarai Filem Bakal Ditayangkan di Pawagam Julai Ini

Buat ‘kaki wayang’ sudah pasti ini adalah berita baik buat mereka. Sebelum ini beberapa filem yang dinanti-nantikan telah pun menunda tayangan mereka. 

Nah! Kepada anda yang mahu menonton filem terbaharu di pawagam, ada 9 pilihan untuk anda pilih. 

Filem pertama yang akan menemui anda di pawagam ialah filem KAIJI: FINAL GAME & LOW SEASON.

KAIJI: FINAL GAME

Kaiji bergelut untuk menyara kehidupannya, dan sering berfikir jika dia mempunyai wang mencukupi untuk membeli minuman keras. Dia berasa marah apabila mendapati harga minuman keras semakin meningkat. Suatu hari, dia mendapat tahu bekas ketua kem buruh bawah tanahnya, Otsuki, telah diangkat sebagai Presiden syarikat Teiai yang berkuasa selepas memenangi pertandingan judi. Otsuki kemudiannya memperkenalkan Kaiji kepada “Babel no Tou”, sebuah permainan berisiko yang memberi peluang untuk menjadi kaya. Dia turut diperkenalkan kepada tiga permainan lain, “Saigo no Shinpan”, “Dream Jump” dan “Golden Janken”, yang mana semuanya mempunyai situasi hidup dan mati. Namun Kaiji nekad untuk bermain.

Bahasa: Japanese
Sarikata: Inggeris / Melayu / Cina
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan:: 01 Jul 2020
Genre: Suspens / Ngeri
Durasi: 129 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Tatsuya Fujiwara, Sota Fukushi, Nagisa Sekimizu, Mackenyu Arata
Pengarah: Toya Sato
Format: 2D

TENET

Sebuah filem aksi thriller arahan Christopher Nolan, yang mengisahkan tentang dunia perisikan antarabangsa. Ia dibintangi oleh John David Washington, Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, Dimple Kapadia, Aaron Taylor-Johnson, Clemence Poesy, Michael Caine dan Kenneth Branagh.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: NA
Klasifikasi: NA  
Tarikh Tayangan:: 30 Jul 2020
Genre: Aksi / Drama / Ngeri
Durasi: NA
Pengedar: Warner Bros. Pictures
Pelakon: John David Washington, Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, Dimple Kapadia, Aaron Taylor-Johnson, Clémence Poésy, Michael Caine, Kenneth Branagh
Pengarah: Christopher Nolan
Format: 2D

TRAIN TO BUSAN 2 : PENINSULA

Filem ini berlatarbelakangkan situasi selepas kejadian wabak virus zombi merebak di Korea Selatan, empat tahun setelah kejadian dalam “Train To Busan” (2016). Ketika menjalankan satu operasi rahsia bersama kumpulannya, Jung-seok, seorang tentera yang terselamat daripada wabak virus zombi tersebut, terjumpa sekumpulan manusia yang terselamat. Kini nasib mereka bergantung antara satu sama lain untuk berjuang meneruskan hidup.

Bahasa: Korean
Sarikata: Inggeris / Cina
Klasifikasi: NA  
Tarikh Tayangan:: 16 Jul 2020
Genre: Aksi / Seram / Ngeri
Durasi: NA
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Kang Dong-Won, Lee Jung-Hyun, Lee Re, Kwon Hae-Hyo
Pengarah: Yeon Sang-Ho
Format: 2D

MULAN

FIlem live action ini adalah adapatasi dari cerita lagenda mengenai pahlawan wanita Hua Mulan. Dia telah menyamar sebagai lelaki supaya dia dapat mengambil alih tempat bapanya dalam tentera.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / Cina
Klasifikasi: NA  
Tarikh Tayangan:: 23 Jul 2020
Genre: Pengembaraan / Drama / Kekeluargaan
Durasi: NA
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Crystal Liu Yifei, Donnie Yen, Jason Scott Lee, Yoson An, Gong Li, Jet Li
Pengarah: Niki Caro
Format: 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS

MY HERO ACADEMIA: HEROES RISING

Ketua League of Villains, Shigaraki Tomurra, merancang untuk memusnahkan semua golongan hero. Deku dan pelajar-pelajar kelas 1-A U.A. Academy Class dihantar ke sebuah pulau di selatan Jepun untuk melibatkan diri dalam projek melatih hero generasi baru seperti yang diberitahu oleh All Might. Mereka perlu membantu penduduk pulau itu melakukan kerja harian mereka. Bagaimanapun, mereka diganggu oleh penjahat-penjahat diketuai Nine yang tiba-tiba muncul dan memusnahkan kemudahan di pulau itu. Kini Deku, Bakugo dan pelajar-pelajar lain perlu bersatu untuk melawan Nine dan menyelamatkan penduduk pulau itu.

Bahasa: Japanese
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan:: 09 Jul 2020
Genre: Anime
Durasi: 105 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Daiki Yamashita, Kenta Miyake, Nobuhiko Okamoto, Aoi Yuki, Ayane Sakura, Eri Kitamura, Junichi Suwabe, Kaito Ishikawa
Pengarah: Kenji Nagasaki
Format: 2D

UNHINGED

Bahasa: Inggeris
Sarikata: NA
Klasifikasi: NA  
Tarikh Tayangan:: Belum Ditetapkan
Genre: Ngeri
Durasi: NA
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Russell Crowe, Gabriel Bateman, Caren Pistorius
Pengarah: Derrick Borte
Format: 2D

INTRUDER 

Kehilangan adik perempuannya, Yoo-Jin, ketika dia masih kecil telah meninggalkan kesan terhadap diri Seo-Jin, seorang arkitek terkenal, menyebabkan dia kini dalam keadaan trauma. Selepas 25 tahun, Yoo-Jin pulang ke pangkuan keluarganya, menimbulkan kecurigaan Seo-Jin apabila menyedari ada sesuatu yang tak kena dengan gadis itu.

Bahasa: Korean
Sarikata: NA
Klasifikasi: NA  
Tarikh Tayangan:: Belum Ditetapkan
Genre: Misteri / Ngeri
Durasi: NA
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Song Ji-Hyo, Kim Mu-Yeol, Ye Soo-Jung, Heo Joon-Seok
Pengarah: Sohn Won-Pyeong
Format: 2D

LOW SEASON

Lin, seorang gadis yang mempunyai kelebihan melihat makhluk halus, membuat keputusan untuk meluangkan masanya di sebuah resort yang terletak jauh dari bandar. Ini semua selepas dia berpisah dengan teman lelakinya. Memandangkan ia bukan musim puncak, Lin berharap dia dapat menenangkan fikiran dan tidak diganggu sesiapa pun di sana. Namun tanggapannya salah apabila dia berdepan beberapa pengunjung yang aneh. Dia juga bertemu dan mula jatuh cinta dengan Put, seorang penulis skrip yang menulis cerita seram.

Bahasa: Thai
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan:: 01 Jul 2020
Genre: Komedi / Romantik
Durasi: 105 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Mario Maurer, Ploypailin Thangprapaporn, Sakonrat Woraurai
Pengarah: Nareubadee Wetchakam
Format: 2D

DIGIMON ADVENTURE : LAST EVOLUTION KIZUNA 

Berlatarkan tahun 2010, di mana Taichi kini merupakan pelajar kolej sementara rakan-rakannya mempunyai jalan hidup tersendiri. 10 tahun sudah berlalu sejak mereka bertemu dan mengembara di Digital World. Kini kelibat Digimon dilihat semakin biasa di dunia sebenar dan kewujudan DigiDestined juga diiktiraf. Namun pada ketika ini, seekor Digimon kuat bernama Eosmon muncul menimbulkan masalah, menyebabkan Menoa dan Imura meminta bantuan daripada Taichi dan rakan-rakannya. Ketika bertarung dengan Eosmon, Taichi menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan Agumon dan Digimon lain. Mereka akhirnya diberitahu oleh Menoa bahawa seekor Digimon akan lenyap apabila DigiDestinednya meningkat dewasa. Taichi perlu membuat keputusan jika dia ingin teruskan bertarung, walaupun sedar dia bakal kehilangan pasangan Digimonnya.

Bahasa: Japanese
Sarikata: NA
Klasifikasi: NA  
Tarikh Tayangan:: 01 Jul 2020
Genre: Pengembaraan / Animasi
Durasi: NA
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Natsuki Hanae, Yoshimasa Hosoya, Suzuko Mimori
Pengarah: Tomohisa Taguchi
Format: 2D

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nikmati K-Drama & K-Idol Terhangat di Astro

Boy Iman Diisytihar Muflis