in ,

Siapakah Yang Berjaya Senarai Akhir AF MEGASTAR?

Tirai Konsert Homecoming AF Megastar (Bahagian 1) yang dibuka Ahad lalu menyaksikan 12 bintang alumni Akademi Fantasia yang terdiri daripada Adam, Bob, Zahid, Idayu, Marsha, Mila, Amir Jahari, Sufie Rashid, Azhar, Ewal, Firman dan Ara berentap bagi merebut tempat ke peringkat seterusnya.

Kesemua bintang cukup bersemangat memberikan persembahan yang hebat walaupun ada di antara mereka gagal mencapai piawaian yang diletakkan oleh pihak juri. Ternyata penonton baik di dewan mahupun di rumah begitu teruja dengan kemunculan bintang-bintang AF yang lama menyepi sekaligus mengimbau memori lama terutamanya apabila pengacara kesayangan ramai, Pak Nil kembali mengemudikan pentas AF.

Senarai Akhir AF MEGASTAR

Bob, Idayu, Amir Jahari dan Marsha merupakan antara bintang yang dikatakan paling menyerlah sewaktu berlangsung konsert tersebut. Bob yang membawakan lagu ‘Bukan Cinta Biasa’ nyanyian asal oleh penyanyi dari seberang, Afgan menjadi bintang pertama yang membuka pentas dengan persembahan memukau sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada penonton dan pujian juri. Manakala Idayu juga turut menyerlah dengan lagu ‘Hurt’ nyanyian asal oleh Christina Aguilera sehingga mendapat ‘standing ovation’ sejurus beliau membuat persembahan.

Bintang yang pernah digugurkan sewaktu AF9, Amir Jahari juga turut memukau penonton dan juri profesional dengan persembahan yang begitu ikhlas dan menyentuh jiwa apabila beliau mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri, Aku Juga Manusia untuk didedikasikan kepada adiwira-adiwira jalanan. Manakala Marsha pula memberikan lontaran vokal hebat yang tidak dapat dilupakan menerusi lagu beliau sendiri ‘Untuk Terakhir Kali’.

Giliran 12 lagi bintang yang bakal membuat persembahan sewaktu Konsert Homecoming AF Megastar (Bahagian 2) pada minggu ini iaitu Adira, Anding, Syamel, Indah Ruhaila, Faizal, Faizul, Amylea, Nubhan, Shahir, Rosma, Amir dan Aril. Lebih mengujakan, keputusan penuh jumlah bintang yang bakal mara ke pusingan seterusnya akan turut diumumkan sebelum tamat konsert tersebut.

Jom ikuti Siaran Langsung Konsert Homecoming AF Megastar (Bahagian 2), 10 September 2017 (Ahad), yang akan berlangsung di Royal Theater, Shah Alam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AOC Partners Bersama Twentieth Century Fox Film Promosi KINGSMAN: THE GOLDEN CIRCLE

Engku Emran Selamat Nikah dengan Pelakon Indonesia Terkenal Laudya Cynthia Bella