in ,

Senarai 12 Orang Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-3

Pada jam 3 petang ini, Astro Ria mengumumkan senarai penuh peserta GEGAR VAGANZA Musim Ketiga. Sidang media pengumuman ini diadakan di Trec KL, Jalan Tun Razak dihadiri oleh kesemua peserta dan juga hos iaitu Nabil Ahmad.

Setelah menobatkan penyanyi Siti Nordiana sebagai juara program Gegar Vaganza pada musim lalu, pertandingan nyanyian popular yang menampilkan barisan penyanyi yang pernah mencipta nama di persada seni suatu ketika dahulu kini kembali lagi untuk musim yang ketiga.

#liveupdate Sidang Media GEGAR VAGANZA 3 sedang berlangsung. Pengumuman Tok Ram & Dato' Khadijah serta dua hos yg meletop Nabil & Jihan. #gegarvaganza #gegarvaganza2016

Segala teka-teki dan persoalan siapakah 12 orang peserta yang akan berentap merebut juara Gegar Vaganza 3 telah pun terjawah. Seramai 6 orang penyanyi lelaki dan 6 penyanyi perempuan telah pun dipilih melalui satu ujibakat. Ini adalah senarai pesertanya. Budiey ucapkan sekalung tahniah dan selamat maju jaya buat semua.

  1. Ameng Spring
  2. G-Mee Screen
  3. Razis Ismail
  4. Rem
  5. Shidee Data
  6. Zarul Umbrella
  7. Azharina
  8. Elly Mazlein
  9. Intan Sarafina
  10. Nora
  11. Siti Sarah
  12. Zur Eda

Pengarah muzik terkenal Dato’ Haji Ramli MS dan penyanyi tersohor Dato Khadijah Ibrahim masih kekal sebagai juri tetap untuk musim terbaharu.

Gegar Vaganza kali ini bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 8 minggu menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 16 Oktober ini.





Siapakah yang anda jangka dan ramal akan menjadi juara di Gegar Vaganza 3?

#liveupdate Sidang Media GEGAR VAGANZA 3 sedang berlangsung. Pengumuman Tok Ram & Dato' Khadijah serta dua hos yg meletop Nabil & Jihan. #gegarvaganza #gegarvaganza2016

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Warna Perkenal Hos, Juri & Peserta LAWAK SOLO

Alden Richards to Host the Asian Television Awards