in ,

Senarai 12 Lagu Ke Anugerah Juara Lagu 31

Proses senarai pendek 12 finalis Anugerah Juara Lagu diteruskan pada malam ini dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 31. Pada bahagian kedua ini, sebanyak 13 buah lagu buat persembahan sebelum juri-juri memilih 12 finalis daripada 30 buah lagu yang bertanding pada malam ini dan Jumaat lepas untuk mara ke AJL 31.

Separuh Akhir Muzik Muzik 31 dihoskan oleh Fizie Hot FM dan Fara Fauazna, manakala persembahan peserta separuh akhir diadili oleh juri profesional iaitu AG Coco, Habsah Hassan, Yasin Sulaiman, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Johan Nawawi, Azlan Typewriter dan diketuai oleh Dato’ Ramli MS.

Sementara menunggu keputusan diumumkan penonton dihiburkan dengan persembahan gabungan istimewa Dangdut Keroncong yang disampaikan oleh Amelina, Haiza, dan Sarah Fazny.

Budiey nak ucapkan tahniah buat kepada semua 12 lagu yang mara ke Anugerah Juara Lagu:

  1. Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah (Natasyah/Iman Imran)
  2. Terakhir – Sufian Suhaimi (Shirkhan/Rinkarnaen)
  3. Sudah Ku Tahu – Projector Band (Razif)
  4. Selamanya Cinta – Shila Amzah & Alif Satar (Shila Amzah)
  5. Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip (Ajai)
  6. Ku Rela Dibenci – Aiman Tino (A.C.K/Riena)
  7. Di Amaran Mama – Hazama/The Penglipur Lara (Ajai/Ad Samad)
  8. Obses – Akim & The Majistret (Hang Nadim & Laq)
  9. Setia – Elizabeth Tan feat Faizal Tahir (Faizal Tahir/Mike Chan, Ezra Kong)
  10. Hang Pi Mana – Khalifah (Harry Khalifah/Yabang Khalifah)
  11. Kalah Dalam Menang – Syamsul Yusof feat Mawi (Syamsul Yusof)
  12. Anugerah Terindah – Black (Omar K)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

​​​AirAsia Wins Two Gold Awards at the 30th International ARC Awards in New York City

Peraduan Menangi Merchandise Filem TROLLS