in

Semua Saluran Sukan Astro Boleh Ditonton di Astro on The Go

Buat pertama kalinya, pelanggan sukan Astro berpeluang menikmati segala kandungan sukan tempatan mahupun antarabangsa yang bersiaran secara langsung di televisyen pada platform Astro on The Go (AOTG) menerusi tablet, telefon pintar dan juga komputer riba mereka.

Astro dengan bangganya mengumumkan saluran Astro Supersport, Fox Sports dan Eurosports kini boleh ditonton menerusi platform AOTG, sekaligus memberi peluang buat peminat sukan di luar sana menikmati rancangan sukan kegemaran masing-masing, di mana sahaja mereka berada, pada bila-bila masa. Astro juga dalam masa yang sama sedang dalam perancangan untuk memperluaskan akses kandungan sukannya untuk dinikmati semua rakyat Malaysia termasuklah mereka yang tidak melanggan Astro, menerusi perkhidmatan ‘Over The Top’ tidak lama lagi.

Dengan penambahan saluran ini, ia memberikan pengalaman tontonan yang tiada tandingnya untuk pelanggan Astro dengan 11 saluran sukan kini boleh diakses pada platform AOTG. Sudah pastinya, aksi terbaik perlawanan bola sepak dunia, pecutan adrenalin perlumbaan F1 dan MotoGP, detik mendebarkan siri kejohanan badminton dunia BWF serta pelbagai lagi liputan secara langsung acara sukan dunia dinantikan peminat sukan tempatan di mana juga mereka berada 11 Saluran Sukan Astro yang kini terdapat di AOTG.

11 Saluran Sukan Astro yang kini terdapat di AOTG

Astro SuperSport

Fox Sports

Astro SuperSport 2

Fox Sports 2

Astro SuperSport 3

Fox Sports 3

Astro SuperSport 4

Fox Sports News

Eurosport

Golf Channel

Astro Arena

Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro berkata, “Kami di Astro berhasrat untuk membawakan liputan acara sukan terbaik dan komprehensif untuk semua peminat sukan di Malaysia, pada bila-bila masa, di mana sahaja mereka berada. Dengan semua saluran sukan Astro boleh ditonton di AOTG, segala siaran langsung acara sukan tersebut kini di hujung jari sahaja.”
Joon Lee, Pengarah Urusan, Saluran Antarabangsa FOX Asia Tenggara dan Hong Kong berkata, “Kami berbesar hati dapat merealisasikan kandungan FOX Sports pada platform AOTG dan juga ‘Over the Top’ kelak, dengan harapan semua peminat sukan di luar sana dapat menikmati rancangan sukan terbaik di mana sahaja mereka berada menerusi peranti masing-masing, selain daripada menonton televisyen.”

Sementara itu, AOTG baru-baru ini telah memperkenalkan antara muka (interface) terbaru platform tersebut dengan menaik taraf fungsi serta pengalaman pengguna di kesemua tablet, telefon pintar dan komputer riba. Menampilkan konsep grafik yang lebih segar, pengguna berpeluang menikmati pelbagai kandungan menarik menerusi 4 pilihan utama yang terdapat di platform tersebut iaitu ‘Disyorkan’, ‘Live TV’, ‘Rancangan TV’ dan Filem. Kelak, penguna aplikasi AOTG akan dapat membeli kandungan pada peranti Android.

Dapatkan kandungan terkini AOTG serta alami pengalaman tontonan terbaru kesemua 11 saluran sukan Astro yang kini boleh didapati di platform iOS dan Android ataupun menerusi laman sesawang www.astroonthego.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sam Bunkface Nikah Aida Azira Dengan Sekali Lafaz

Spotify Connect Hits One Million Minute Mark Across Asia