in

Semerah Naga Panah Asmara

Semarak Tahun Baru Cina di RTM : TV1 Janjikan Enam Program Menghiburkan

Perayaan Tahun Baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalendar masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian cheongsam, ia menjadi simbol tradisi kemeriahan bagi masyarakat Cina.

Tidak lengkap sekiranya sambutan Tahun Baru Cina setiap tahun tanpa dimeriahkan dengan pemberian angpau kepada insan tersayang yang dianggap hadiah ‘menggembirakan’ hati si penerima. Pendekatan sama diambil Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam menghargai sokongan penonton setia salurannya dengan menjanjikan variasi program menarik dan menghiburkan dalam menyemarakkan lagi sambutan Tahun Naga ini.

Telemovie Ah-Loon-OOi

Secara keseluruhannya, saluran TV1 menyediakan enam program khas Tahun Baru Cina yang merangkumi empat telemovie dan dua dokumentari bertemakan sambutan perayaan ini. Menariknya dalam telemovie dan dokumentari yang dipilih menghiburkan penonton ini, diselitkan juga kisah mengajak penonton menghayati Tahun Naga yang diraikan sepanjang 2012 ini.

Telemovie yang bakal disiarkan bermula Semerah Naga (23 Januari, jam 3.05 petang), Ah Loo Oii… (24 Januari, jam 3.05 petang), Panah Asmara (24 Januari, 9.00 malam) dan Atan Bertemu Mei Lin (27 Januari, jam 10.30 pagi) yang menampilkan pelakon-pelakon terkenal dengan plot kisah yang menarik antaranya Jehan Miskin, Nora Danish, Nisha Dirr, Marissa Yasmin dan Ezany Nizariff.

Mengisahkan Kim Seng, Mawi dan Nagesh yang bekerja sebagai pencuci kereta, kisah Semerah Naga dimeriahkan dengan gelagat tiga sahabat ini mengharungi suka duka dan bertemu pasangan masing-masing. Namun setiap dugaan yang datang telah merapatkan hubungan mereka sebagai sahabat.

Menampilkan pelakon Sindu Ramachandran, Muhammad Izz, Liham Nazuadi, Rama dan Sharisa Chong, kisah Ah Loon Oii pula berkongsi kisah Ah Loon, pemuda berusia 24 tahun yang berkelakuan seperti kanak-kanak 9 tahun. Dia sangat gemar menonton rancangan masakan yang dikendalikan oleh Chef Husin. Sikap keanak-anakannya amat memeningkan penjaganya, Kak Kiah.

Gandingan Jehan Miskin dan Nora Danish pula muncul menerusi drama Panah Asmara di mana watak Adilla yang terperangkap dalam hutan bertemu dengan Mak Cik Angsana. Adilla di bawa ke kampung Mak Cik Angsana. Di sana Adilla telah diperkenalkan dengan Putera. Putera menyintai Adilla namun Adilla tidak menyukai Putera dan cuba mencari jalan keluar dari kampung Mak Cik Angsana.

Khas tontonan adik-adik, saksikan drama Atan Bertemu Mei Lin, kisah persahabatan yang menyatukan Atan, seorang kanak-kanak pekak dan bisu dengan anak pemilik ladang, Mei Lin yang senasib dengannya. Semuanya berpunca daripada Atan yang tersesat dalam ladang keluarga Mei Lin. Sejak itu mereka berkawan baik dan sama-sama menjejak keluarga Atan.

Peminat artis terkenal Jackie Chan, kenali dengan lebih mendalam lagi aktor hebat ini menerusi Jackie Chan Hong Kong yang sangat sinonim dengan seni mempertahankan diri kung fu hingga membawanya dikenali di peringkat antarabangsa malahan seluruh dunia. Ia akan menemui penonton pada 23 Januari, jam 2.05 petang.

Disusuli dokumentari Universum : Africa’s Dragon Mountain pada 24 Januari, jam 6.00 petang yang bertepatan dengan sambutan Tahun Naga yang diraikan masyarakat Cina tahun ini. Ia berkongsi paparan menarik tentang Drakensberg, banjaran gunung yang akan menghantui imaginasi sesiapa yang berdiri di atasnya. “Drakensberg” telah diterjemahkan daripada Bahasa Afrika ke “Dragon Mountain”. Dokumentari Afrika ini mendedahkan bagaimana gunung ini mengambil personaliti seperti naga dan turut berkongsi situasi bagaimana binatang liar tinggal dan cuba berperang dengan keadaan untuk terus hidup.

telemovie Semerah Naga

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung & Google Introduce GALAXY Nexus

Rawatan Salon Rambut Dengan Keratinology Sunsilk