in ,

Semangat Anak Muda Membersihkan Malaysia Melalui MALAYSIA CLEAN UP DAY 2020

Sempena Hari Pembersihan Dunia (World Cleanup Day) pada 19 September 2020, Pertubuhan Pendidikan Kesedaran & Minda Prihatin Malaysia iaitu Youth Care Malaysia (YCM) telah menganjurkan program “Malaysia Cleanup Day”.

Program ini berjalan serentak di 9 lokasi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak antaranya termasuklah kawasan sekolah, pantai dan hotel. Antara sisa yang dijumpai di kesemua 9 lokasi adalah botol plastik, cebisan plastik, cebisan polisterin, penutup botol dan macam-macam lagi. Sebanyak 8007 botol plastik, 1005 cebisan plastic, dan 4217 cebisan polisterin dikutip pada hari tersebut. Secara keseluruhannya sebanyak 18,861 sisa pepejal telah dikumpulkan.

Seramai 362 sukarelawan turut serta di 9 lokasi pada 19 September walaupun terdapat penukaran kawasan pada saat akhir disebabkan air pasang di beberapa lokasi. Kesemua sukarelawan terdiri dari golongan belia yang berusia dari 18 – 40 tahun.

Semangat Anak Muda Membersihkan Malaysia Melalui MALAYSIA CLEAN UP DAY 2020

Turut hadir untuk memberi sokongan adalah polis-polis daerah Kuantan bersama Ketua Polis Daerah, ACP Mohamad Noor Bin Yusof Ali serta Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Muhammed Rizal Bin Kamarudin.

“Tujuan program ini adalah untuk mendidik golongan belia seperti pelajar sekolah serta institusi pengajian dalam mewujudkan persekitaran yang inklusif untuk menyokong inisiatif hijau dengan meningkatkan kesedaran minda dan prihatin dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan amalan 3R ‘reduce, reuse, recycle,”

– Hazril Azmi, Director Projek Malaysia Cleanup Day.

9 lokasi yang dipilih adalah Padang Jawa, Selangor, Teluk Senangin, Perak, Pantai Sepat Pahang, Pantai Puteri dan Puteri Qashrina Chalet, Melaka, Pantai Pasir Pandak dan SMK St Teresa, Sarawak serta Pantai Batu Payung dan Pantai Tanjung Lipat, Sabah.

Dengan mengetengahkan saranan kerajaan serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan penjarakkan fizikal bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19, YCM mencetuskan idea untuk julung kalinya mengadakan program ‘Cleanup Day’ yang distrimkan digital dan menghadkan penglibatan orang ramai dalam satu masa.

Semangat Anak Muda Membersihkan Malaysia Melalui MALAYSIA CLEAN UP DAY 2020

Selain dari acara pembersihan yang berlangsung di 9 lokasi terpilih, program Malaysia Cleanup Day ini turut membuka peluang bagi orang ramai menyertai aktiviti pembersihan ini menerusi media digital.

Orang ramai hanya perlu mendaftar, dan lakukan aktiviti pembersihan bersama pada 19 September kemudian muat naikkan gambar aktiviti tersebut ke media sosial masing-masing.

Semangat Anak Muda Membersihkan Malaysia Melalui MALAYSIA CLEAN UP DAY 2020

Sebanyak 20 hadiah disediakan bagi pernyertaan secara maya yang ditaja khas oleh A Bit Less. A Bit Less merupakan kedai jualan yang bertujuan untuk mengurangkan plastic dan mewujudkan komuniti untuk membeli- belah dengan memberi kesan minimum pada alam sekitar.

Semangat Anak Muda Membersihkan Malaysia Melalui MALAYSIA CLEAN UP DAY 2020

Program ini turut mendapat tajaan dari pihak Puteri Qashrina Chalet, Japerun Pantai Kundor, Klebang Family Store, YB Dato’ Hanifah, Baitulmal Sarawak, Green Buddy, D’Queens Kitchen, Hotel Taiping Perdana dan Masjid As-Saadah serta sokongan dari pihak institusi pengajian tinggi seperti Universiti Utara Malaysia (UUM), MPP UiTM Melaka dan MPP UIA Kuantan.

Semangat Anak Muda Membersihkan Malaysia Melalui MALAYSIA CLEAN UP DAY 2020

Program ini turut mendapat sokongan dan sambutan dengan kehadiran selebriti media sosial atau dikenali sebagai influencer seperti The Trvth Band, Ripkiddo, Otam Blur, Zairul, Nazafee Tee dan Saufi Ramli. Terdapat beberapa Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan yang turut serta bagi menjayakan program ini iaitu, Trash Hero, Zero Waste Malaysia, Tawau Trash Buster Squad, MNS Pahang dan juga NGO Itrah.

Semangat Anak Muda Membersihkan Malaysia Melalui MALAYSIA CLEAN UP DAY 2020

Untuk maklumat lanjut berkenaan Youth Care Malaysia dan juga pelbagai program yang akan diadakan, sila layari laman web www.youthcaremalaysia.com serta ikuti laman sosial Twitter, Facebook, Instagram dan YouTube @youthcaremalaysia.

Semangat Anak Muda Membersihkan Malaysia Melalui MALAYSIA CLEAN UP DAY 2020
Semangat Anak Muda Membersihkan Malaysia Melalui MALAYSIA CLEAN UP DAY 2020

MENGENAI PERTUBUHAN PENDIDIKAN KESEDARAN DAN MINDA PRIHATIN MALAYSIA

Pertubuhan Pendidikan Kesedaran Dan Minda Prihatin Malaysia atau dikenali sebagai Youth Care Malaysia (YCM) merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 12hb Disember 2019 dan berdaftar di bawah ROS Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-016-14-12122109 yang diketuai oleh presiden kebangsaan, Encik Jabir Bin Jilani Meftah. Tepat dengan tag line Youth Care Malaysia sendiri iaitu “Towards Raising a Generation of Formidable Youth” dimana sukarelawan kami adalah daripada golongan belia yang berjiwa sukarelawan namun terhad dalam penyertaan program atas pelbagai kekangan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syatilla Melvin Jawab Isu Guna Foto Berunsur Lucah Untuk Jual Produk

Adakah Ini Senarai Peserta Gegar Vaganza 2020?