in , , ,

Selepas PASKAL THE MOVIE, Adrian Teh Bakal Arah Filem Aksi WIRA

Filem PASKAL THE MOVIE membuat debut pertama di netflix pada 15 mac dan pihak produksi bakal kembali dengan satu lagi filem blokbuster penuh aksi pada penghujung tahun ini.

Sekiranya anda telah terlepas peluang untuk menonton filem yang telah berjaya menduduki tempat pertama untuk kutipan box office untuk kategori filem aksi, “PASKAL THE MOVIE” bakal ditayangkan di Netflix pada 15 Mac ini!

“PASKAL THE MOVIE” mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Anwar, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas.

Filem PASKAL

Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan. Ia dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Namron dan Jasmine Suraya Chin.

Filem yang telah diinspirasikan daripada kisah benar Pasukan Khas Laut (PASKAL) ini telah berjaya mengutip lebih daripada RM30 juta dan telah menerima pujian di kalangan penonton dan pengkritik filem.

Filem PASKAL

Sehubungan itu, pihak penerbit kini sedang mengusahakan sebuah lagi filem blockbuster penuh aksi bertajuk “WIRA” (tajuk sementara) yang diarahkan oleh pengarah yang sama Adrian Teh.

Filem inimengisahkan tentang karakter utamanya seorang bekas tentera yang berani dan gagah. Apabila keadaan telah memaksanya untuk mempertahankan keluarga dan orang tersayang beliau terpaksa menggunakan kemahirannya untuk menegakkan keadilan.

Filem ini telah mendapatkan khidmat pakar lagak ngeri Indonesia, Yayan Ruhian yang telah menjayakan filem The Raid. 

Ia turut dibintangi oleh Hairul Azreen, Henley Hii, Ismi Melinda, Josiah Hogan dan Dain Said. Penggambaran bermula pada bulan hadapan dan ia bakal berada di pawagam pada penghujung tahun ini.

Bagi mendapatkan informasi terkini sila kunjungi: www.facebook.com/gscmovies & www.instagram.com/gscmovies

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sarah Suhairi, Sissy Imann & Wani Kayrie dalam THE HOUSE Musim Ke-5

Indah Busana Wedding Putih Salju Fasha Sandha & Aidil Aziz Rekaan Azura Couture