in ,

Selepas Nikon, Kilang Sony Di Pulau Pinang Juga Ditutup Setelah 36 Tahun Beroperasi

Jenama Sony adalah jenama yang terkenal bukan sahaja dalam industri telefon pintar, tetapi juga barangan elektronik lain.

Menurut sumber, kilang Sony di Pulau Pinang akan ditutup pada September 2021 sebagai salah satu langkah dalam penstrukturan semula operasinya.

Menurut Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang Dato’ Haji Abdul Halim Haji Hussain, penutupan kilang Sony ini akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan kepada 3,400 jumlah pekerja. Seramai 1,800 pekerja adalah warganegara tempatan, manakala 1,600 pekerja selebihnya adalah warga asing. 

Selepas Nikon, Kilang Sony Di Pulau Pinang Juga Ditutup Setelah 36 Tahun Beroperasi

Beberapa pekerja akan dipindahkan ke kilang Sony di Bangi, manakala kerajaan akan membantu mencari pekerjaan baharu untuk pekerja lain yang terkesan. Apa pun, penutupan kilang ini akan dilakukan secara berkala.

Memandangkan penutupan ini adalah sebuah langkah yang perlu sebagai proses peralihan, Sony bakal menstruktur semula operasinya secara global. Setakat ini, Sony masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenainya.

Baru-baru ini, Nikon juga bakal menamatkan operasinya di Malaysia pada hujung Disember 2020 ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sajian 10 Rancangan Menarik Dalam Kempen Bersama TV AlHijrah Seisi Keluarga

Selepas Dapat Sambutan, Insomniacks Muncul Dengan Lagu REMINISENSI Versi Piano