in , ,

Selepas Lapan Tahun Menyepi, Ramlah Tampil dengan Lagu MASAR CINTA

Setelah lapan tahun tidak mengeluarkan single baharu kini Ramlah Ram hadir mewarnakan dunia seni tanah air dengan lagu berjudul Masar Cinta yang sudah lancarkan baru-baru ini.

Lagu balada yang cukup kena dengan jiwanya itu menyimpan seribu satu makna tatkala dia sendiri yang menggubah bersama Allahyarham ID Mifzal dan lirik tulisan Ismi Rusli. Bagi Ramlah, Masar Cinta cukup besar maknanya tatkala mengenangkan Allahyarham yang juga merupakan mantan Presiden kelab peminatnya.

Ternyata selepas hampir 35 tahun bergelar penyanyi ada yang percaya Ramlah Ram sendiri sudah puas untuk meraih populariti sehingga ada yang mengatakan dia semakin hilang kini.

Namun ada melihat sikap “eksklusif “ yang ada penyanyi ini membuatkan dia jarang mendapat perhatian kini.

Malah jika rakan seperjuangnya lain lebih mudah ditemui di laman sosial dan majlis hiburan ternyata penyanyi ini lebih senang mempunyai kehidupan yang ringkas.

“Saya memang seorang yang suka menghabiskan masa di rumah dengan keluarga sahaja.

Bagi saya itu lebih sesuai untuk saya, bukanlah maknanya saya tidak menerima undangan ke majlis-majlis hiburan tetapi atas tanggungjawab sebagai penyanyi sahaja.

“Soal kawan pula, saya memang tidak mempunyai rakan daripada golongan artis. Bukanlah tidak berkawan, kalau jumpa itu masih boleh bercakap.

Cuma yang betul-betul rapat itu saya ada beberapa orang kawan sahaja,”

– Ramlah Ram

Menyimpulkan lagu tersebut sebagai buah tangan paling manis sempena kehadiran 2020, bekas juara Bintang RTM 1985 ini mengharapkan sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat tanah air.

Ramlah Ram

Sementara itu bercakap mengenai lagu baharunya berjudul Masar Cinta selepas lapan tahun sepi tanpa lagu baharu, jelas Ramlah Ram Masar Cinta cukup besar maknanya.

Jelasnya bukan mudah memandangkan mengenangkan Allahyarham ID Mifzal yang juga penggubah lagu ini membuatkan dengan dia mengambil masa yang lama untuk melengkapkan proses lagu ini.

“Lagu ini sudah lama tetapi Allahyarham sewaktu sakit memilih untuk siapkan sendiri jadi perjalanan lagu ini agak lambat sikit sebab sewaktu itu dia masih keluar masuk hospital.

“Alhamdulillah seleas tiga tahun kami keluarkan lagu ini. Memang tujuan utama adalah untuk tunaikan impian Allahyarham sendiri,”

– Ramlah Ram

Muzik video Masar Cinta juga sudah boleh ditonton melalui saluran YouTube INDIGITAL MUSIC sejak 3 Februari 2020.

Menjalani pengambaran muzik video ini di Red Hotel by Sirocco KL, Ramlah turut menggunakan khidmat Epie Temerloh dan Zuraidah Said Creation untuk dandanan dan pakaian sepanjang pembikinan video muzik ini.

Masar Cinta boleh didengari di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, Joox dan Deezer.

Ramlah Ram
Ramlah Ram

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia Ditunda

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem I STILL BELIEVE