in , ,

Selepas 12 Hari Dirawat, Alif Satar Luah Rasa Syukur Disahkan Bebas Covid-19

SELEPAS 12 hari mendapatkan rawatan dan menjalani kuarantin di Hospital Melaka, penyanyi Alif Satar akhirnya disahkan bebas daripada virus Covid-19.

Selepas 12 hari dirawat dan dikuarantin di Hospital Melaka akibat jangkitan COVID-19, artis serba boleh, Alif Satar kini kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak. Alif yang dibenarkan pulang sejak Rabu lalu, bersyukur dapat bertemu isteri, Sha Dila Halid dan tiga anak mereka.

Alif, 30, meluahkan rasa syukur apabila dibenarkan pulang bertemu keluarga di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Selepas 12 Hari Dirawat, Alif Satar Luah Rasa Syukur Disahkan Bebas Covid-19

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikurniakan. Sukacita Alif kini sudah kembali sihat dan kini berada bersama keluarga tersayang.

“Alif ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia, produksi Muzik-Muzik TV3, JS Pictures dan rakan industri yang cukup prihatin dan bertindak pantas mengambil tanggungjawab dengan membuat ujian saringan selepas Alif disahkan positif Covid-19, ”

– Alif Satar
Selepas 12 Hari Dirawat, Alif Satar Luah Rasa Syukur Disahkan Bebas Covid-19
Hentikan stigma negatif, memulau, mengasingkan dan memandang serong kepada mereka dijangkiti wabak ini.

Pada 22 November lalu, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar memaklumkan dirinya positif Covid-19 iaitu dua hari selepas membuat persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) episod pertama yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam.

“Hentikan stigma negatif, memulau, mengasingkan dan memandang serong kepada mereka dijangkiti wabak ini. Tiada siapa yang minta untuk dijangkiti,”

– Alif Satar

Susulan itu, SFMM35 episod ketiga yang sepatutnya berlangsung pada malam Ahad itu terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Alif Satar Rindu Isteri dan Anak-Anak

Dalam pada itu, Alif turut meluahkan rasa rindu terhadap isteri dan anak-anaknya selepas hampir dua minggu berjauhan.

Kata penyanyi lagu I Want You To Love Me ini, dia akan mengambil masa beberapa hari untuk meluangkan bersama keluarga sebelum kembali bekerja seperti biasa.

“Selepas berjauhan dengan isteri dan anak-anak, Alif yakin ramai yang tahu dan dapat rasakan betapa berat perasaan rindu, jadi Alif akan mengambil masa beberapa hari untuk bersama seluruh ahli keluarga sebelum kembali bekerja,”

– Alif Satar

Sementara itu, Alif meminta masyarakat hentikan stigma negatif terhadap pesakit Covid-19 yang boleh memberi kesan kepada mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Grab Lancar Grabsupermarket di Lembah Klang

Nafi Guna Suara Yonnyboii, Cik B Akui Guna Sikit Auto-Tune Sebab Pelat ‘S’