in

Selebriti Muda Indonesia Raffi Ahmad Ditangkap Anjur Pesta Dadah

Kalau tanya Budiey, siapa itu Raffi Ahmad, memang budiey surrender tak kenal. Mungkin ada di kalangan anda mengenali selebriti muda Indonesia ini, terbaru nama beliau disebut hangat ketika ini kerana telah didapati menganjurkan pesta dadah dirumahnya. Selebriti muda terkenal Indonesia Raffi Ahmad ditangkap pegawai Badan Dadah Kebangsaan (BNN) pagi semalam di rumahnya bersama beberapa rakan artis lain.

Bagi anda yang masih kenal, Raffi Ahmad ni dulunya bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti. Sebelum ini juga dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti. Wah! Nak jadi wakil rakyat ke?

Media di Indonesia memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad lalu, sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffi daripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah.

Pengarah Tindakan Dadah BNN, Beny Mamoto pula memberitahu pemberita mengenai pengesahan dan penangkapan pelakon filem berkenaan di rumahnya di Jakarta Selatan.

Kata Benny:

“Raffi Ahmad ditangkap bersama tiga lagi rakan yang lain.”

Beliau berkata, pengacara rancangan ‘Dahsyat’ stesen televisyen RCTI bersama tiga rakannya itu kini sedang menjalani ujian air kencing.

“Selepas selesai siasatan, pihak kami berjanji akan memberikan maklumat terperinci kepada umum melalui media.”

Berdasar maklumat dalam kalangan pemberita, beberapa selebriti berkumpul di rumah Raffi sejak Sabtu lalu, sebelum pegawai BNN datang memeriksa dan menemui puluhan pil Ecstasy.

Ketua Perhubungan Awam BNN Sumirat Dwiyanto mengesahkan pegawai BNN melakukan pemeriksaan mengejut di rumah seorang selebriti di Jakarta Selatan pagi tadi, namun tidak mendedahkan siapa yang ditangkap.


Sementara itu BERNAMA melaporkan dari Jakarta, artis popular Indonesia Irwansyah (gambar) dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi semalam. Mereka ditangkap sepasukan anggota BNN yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat awam.

Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang semalam. Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian.

Sementara itu, beberapa orang di laman Twitter ada mengatakan laporan menunjukkan keputusan air kencing Irwasyah adalah negatif.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

One Nite Only with Jatt of Black Dog Bon & Lokman Aslam

Penyanyi Irwansyah Ditangkap Pesta Dadah Bersama Isteri