in ,

Selamat Ulangtahun Ke-12 Budiey.com

Hari ni 7 Januari, hari ulangtahun BUDIEY.COM. Ya! Hari ini genap 12 tahun BUDIEY.COM berada di alam maya. Terima kasih di atas semua ucapan dan doa kalian.

Salam semua pembaca Budiey.com. Terima kasih sebab sudi support Budiey dari dulu sampai sekarang ni. Budiey harap korang sudi sokong lagi untuk tahun mendatang walayupun sekarang ini semakin banyak blog dan portal yang muncul di alam maya. Budiey janji banyak lagi content, hadiah, freebies untuk dihulurkan untuk korang Budieyators. Doakan yang baik-baik ya!
Mic Flag Budiey.com

Kerana masa itu sifatnya takkan berhenti walau sesaat, kita akan merasakan ia berlalu begitu cepat. Hari ini, usia Budiey.com dah genap 12 tahun. Kalau budak sekolah, kiranya dah masuk Darjah 6 la kan?

Banyak asam garam, pengalaman dan kenangan sepanjang menjadi penulis blog sepenuh masa telah ditimba selama 12 tahun. Tahun 2018 antara tahun yang banyak mengubah carta Budiey.com dalam arena portal alam maya.

Perubahan dalam top rank, perubahan dalam carian Google dan macam-macam lagi pembaharuan dalam dunia portal telah mencabar dan menuntut masa untuk Budiey terus belajar. Bukan mudah untuk menongkah arus perdana agar kekal relevan.

Blog Screenshot Budiey.com 2 January 2019
Layout design terbaharu Budiey.com sempena 2019 dan ulangtahun Ke-12 Budiey.com

Sempena ulangtahun Budiey.com ke-12, Budiey telah pun melancarkan rekabentuk dan juga layout terbaharu yang lebih mesra pengguna. Diharap korang suka dengan theme yang baru ini. Nampak lebih fresh, lebih clean dan senang untuk dibaca dan dilayari.

Template Theme Budiey.com
Ini adalah layout yang Budiey gunakan sebelum ini.

Banyak sekali untuk dinyatakan di sini, satu persatu apa yang berlaku sepanjang 12 tahun membina blog ini. Artis dan selebriti datang dan pergi. Begitu juga kawan-kawan. Dulu ada yang support dan sekarang hilang entah ke mana. Segalanya kita kena terima dengan hati yang redha.

Tahun 2018 merupakan tahun rezeki buat saluran Youtube Budiey Channel di mana pada tahun ini saluran mendapat perhatian ramai. Alhamdulilah, syukur kerana semakin ramai yang telah subscribe saluran Youtube ini. Terima kasih buat kalian yang sudi tekan butang SUBSCRIBE.

Setakat pada hari ini, saluran ini telah ada 164,538 subscribers.

Saluran Youtube Budiey.com 7 Januari
Kepada anda yang belum SUBSCRIBE, jomlah join the club!

Apa yang Budiey dapat rasakan sekarang ni, rasa-rasanya tanpa sokongan korang semua, Budiey tak dapat bertahan sampai ke saat ini. Jadi, terima kasih banyak-banyak dan teruskan sokongan korang!

Budiey THE NUN
Antara gambar menarik semasa Premiere With Budiey menonton filem THE NUN.


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazura Nafi Dakwaan Kini Berbadan Dua

MIRA FILZAH

Mira Filzah Bongkar Rahsia Babak Kena Tampar Syazwan Zulkifly