in

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H/2008

Sensasi Selebriti dilayari setiap hari
Gossip berita hiburan terkini
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin dari Budiey

Sejernih Mana Embunan Pagi… Sebersih Itulah Kasih bersemi
Lebaran Bertandang Penuh Gemilang… Moga Aidilfitri ini menciptakan sejuta kenangan

Salam 1 Syawal buat semua pembaca budiman,

Pejam celik-pejam celik, Ramadan telah pun meninggalkan kita. Perginya pastinya ditangisi oleh insan yang merindukan kedamaian dan keberkatan bulan Ramadan… dan kini Syawal menjelma kembali dalam diari hidup kita menggamit sejuta keinsafan dan kerahmatan Yang Maha Esa.

Macamana sambutan kalian di hari raya pertama ini? Mesti meriah kan? Semoga korang semua happy bersama famili, sanak saudara dan sahabat handal. Kepada yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman, nasihat Budiey, janganlah bersedih. Apa kata korang buat panggilan telefon sebagai pengerat tali silaturrahim dengan insan yang tersayang di hari mulia ini.

Seperti kebiasaannya, ramai nyawa terkorban di jalan raya di bulan perayaan ini. Utamakan keselamatan dan berhati-hati di jalan raya pada musim perayaan ini. Semoga anda semua selamat pulang dan selamat kembali semula ke pangkuan keluarga. Teruskan amalan saling bermaaf-maafan dan saling berkunjung-kunjungan. Orang kata raya biarlah sebulan, betul tak?

Kesempatan ini, sekali lagi Budiey mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca blog ini. Nak sebut semua nama memang tak cukup ruang.

Kepada selebriti dan artis yang sudi melayari blog ini saban hari, Budiey ingin menghuluran salam kemaafan seandainya ada kata-kata dan tulisan yang tidak menyenangkan di blog ini pernah mengguris dan menyakitkan hati kalian. Terima kasih kepada semua yang sudi menjengah blog ini. Terima kasih atas sokongan kalian semua. Terima kasih atas kad ucapan, ucapan SMS dan komentar serta ucapan hari raya untuk Budiey. Terima kasih semua! 

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca Sensasi Selebriti. Maaf Zahir dan Batin.

Kepada pembaca dari Kelantan, jemputlah datang ke rumah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TIGA PROGRAM HIBURAN TERBAIK SEMPENA HARI LEBARAN

Pelakon Drama Wulan Dhini, Giovani Ketepikan Perbezaan Atas Nama Seni