in ,

Sekuel Filem THE EXORCIST Bakal Diterbitkan Oleh Blumhouse

Anda suka tonton filem seram? Blumhouse Production akan mulakan projek baru bagi sekuel filem seram klasik, The Exorcist!

Pengarah cerita Halloween, David Gordon Green dikhabarkan akan mengarahkan projek terbaru ini. Namun, rundingan masih dilakukan. Sekiranya ia berjaya, filem sekuel The Exorcist bakal menjadi filem keempatnya bergabung dengan Blumhouse Production.

The Exorcist arahan William Friedkin diterbitkan pada tahun 1973. Ia mendapat sambutan setelah ditayangkan di panggung wayang pada zaman itu. Filem ini mula terkenal sehingga diulang tayang banyak kali di kaca TV.

Filem seram klasik ini berjaya dicalonkan sebagai anugerah filem terbaik di Academy Award. Ia diadaptasi dari novel terbitan 1971, karya William Peter Blatty. Mengisahkan tentang seorang budak perempuan berumur 12 tahun.

Badan Reagan telah dirasuk syaitan. Terdapat dua orang paderi Roman Katolik yang cuba untuk menghalau syaitan tersebut dari merasuki badan kanak-kanak ini.

Bagi sekuel terbaru ini, ia bakal diterbitkan oleh Jason Blum, David Robinson dan James Robinson. Morgan Creek Production akan turut ambil bahagian dalam projek ini. Plot cerita belum didedahkan sama ada akan membawa kisah baru atau kisah berkait dengan filem sebelum ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Tonton dari Android Box Sama Juga Macam Sokong Pencuri,” – Aziz M. Osman

Bakal Nikah dengan Nabil Mahir, Ayda Jebat Diraikan Sebelum Bergelar Isteri Esok