Sekitar Sidang Media Konsert Guamuzik Supergig 08

Pada jam 11 pagi tadi (22 Mei 2008) telah berlangsung satu sidang media Konsert Guamuzik Supergig 08 di Theatreatte, Sri Pentas TV3, Damansara Utama. Tidak ramai media yang datang untuk buat liputan, jadi Budiey mewakili Portal Guamuzik ingin menyarankan kepada geng media dan blogger yang lain untuk mewar-warkan tentang Konsert Guamuzik ini.

Untuk info pembaca, Konsert Guamuzik Supergig 08 akan diadakan pada 30 Mei 2008 di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil bermula jam 8.30 malam. Ianya diadakan secara PERCUMA!

Untuk meraikan pelancaran laman portal laman muzik terbesar Guamuzik, konsert terhebat diadakan juga sebagai satu langkah promosi untuk memperkenalkan portal terbesar itu kepada masyarakat. Antara yang sudah bersedia untuk menggegarkan Konsert Guamuzik ini ialah Butterfingers, Ella, Faizal Tahir, Estranged, Meet Uncle Hussain, Altimet, Pach, Nora, Shila OIAM2, Nabil, Tunku Tiara dan ramai lagi.

Estranged akan menyampaikan single terbaru yang bakal keluar, Meet Uncle Hussain akan menggegarkan dengan lagu hits mereka. Selepas 4 setengah tahun dari dunia hiburan, Butterfingers kembali menghiburkan peminatnya dengan menjanjikan satu persembahan mantap.

Yang menariknya, konsert ini akan mempersembahkan kombinasi artis solo yang paling hebat di negara ini. Antaranya Ella, Pach, Sham Kamikaze, Nora dan akan berkolaborasi dengan artis muda yang pernah memenangi beberapa anugerah iaitu Faizal Tahir, Bintang hip hop Altimate, penyanyi Karen Kong serta bintang realiti seperti Nabil Mentar, Shila OIAM 2 serta Tungku Tiara OIAM 2.

Guamuzik akan menghangatkan suasana petang itu dengan kolabarasi antara generasi baru dan penyanyi sedia ada. Dengan mencipta satu konsert yang paling hebat, Guamuzik menjanjikan persembahan eksklusif untuk pertama kalinya di Guamuzik Supergig 08.

Selain daripada persembahan, Guamuzik akan memberi muatturun percuma dari album mini Supergig kepada 1000 orang pengunjung.

Jumpa korang di sana!

Loque Butterfingers, Pach, M.Zul, Nora 
 Meet Uncle Hussain
Loque Butterfingers
Nora

[tags]pacai, butterfingers, ella, pacai, butterfingers, konsert guamuzik, gua muzik portal, website, portal, e-magazine, jomstar, mstaronline, nora, cyber, loque photo, kadak, meet uncle hussain myspace[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Anugerah Inspirasi Triumph 2008 di Pavilion

Gambar Terbaru Sein Ruffedge & Nana FO3