in ,

Sekitar Showcase Eksklusif Jaclyn Victor di Planet Hollywood

Baru sahaja pulang dari Planet Hollywood. Menyaksikan sebuah showcase istimewa dan eksklusif dari Juara Malaysian Idol siri pertama, Jaclyn Victor buat sesiapa pun akan teruja. Ye lah, dia kan ikon Malaysia solo pertama? Sebut sahaja show penyanyi bersuara lantang ini, sudah tentu tergamit di fikiran saya, mestilah satu pertunjukan vokal cemerlang dengan pukulan suara hebat daripada Jaclyn. Namun, saya diberitahu showcase kali ini sangat singkat iaitu selama 45 minit sahaja. Namun, Jaclyn Victor dengan bermurah hatinya memanjangkan tempoh bersama peminat mengenapkannya kepada tempoh satu jam. Satu lagi keistimewaan Jaclyn yang dapat saya tangkap ialah hubungan erat dengan peminat dijaga dengan begitu rapi dan Jaclyn memastikan setiap tindak tanduknya tidak menyinggung dan memberi impak negatif di ruang hati peminat.

Jaclyn membuka gelanggang vokal lantangnya dengan lagu Inilah Masanya yang dipetik daripada album terkininya, Inilah Jac. Sebuah pembukaan yang begitu mantap dengan gegaran permulaan yang memberangsangkan. Apatah lagi setelah lagu kedua, Di Bawah Pohon Asmara juga tidak kurang hebat dan menjana satu ruang yang intim bersama hadirin kerana mereka turut bersama diajak menyanyi bersama Jac. Lagu Tiada Lagi Indah dan Cinta Tiada Akhirnya, kedua-dua lagu ini pada Budiey adalah satu gabungan manifestasi cinta yang sukar untuk saya ceritakan. Punya makna dan Jaclyn mengaku yang keseluruhan lagu dari albumnya mempunyai maksud tersendiri menggambarkan siapa dirinya dan tidak kurang semua lagi dicipta dengan begitu teliti dan halus sekali.

Setelah menyampaikan lagu single pertamanya, Cepat-Cepat (lagu Tema Sitcom Fara Fauzana di TV3), Jaclyn menjemput Bob AF2 yang berasal dari Limbang Sarawak untuk berduet dalam lagu Ceritera Cinta. Anda boleh bayangkan sendiri bagaimana hasilnya apabila suara kasar jantan milik Bob bergabung dengan suara lantang mempesonakan dari Jac. Susah untuk diceriterakan di sini kehebatan vokal mereka melainkan anda sendiri mengalaminya. Lagu ini menurut Jac adalah lagu yang paling sukar untuk dibawakannya kerana dia perlu mengawal vokal dengan lebih berhati-hati agar tidak tergelincir dari landasan. Sejambak bunga dihadiahkan oleh Bob kepada Jac tanda terima kasih. Bob sempat bergurau mengenakan Jac dengan meniru gaya Jaclyn memegang mikrofon. Jac cakap gaya tu dah tak boleh buat dan amal sangat sebab dia terima banyak komen negatif. Tang mana negatifnya saya tak tahu tahu. Pada Budiey, itu trademark dan sudah menjadi gaya pengenalan bagi Jac. Dah jadi tabiat cam tu, buat jelah… pedulilah orang nak cakap apa.

Permainan vokal hebat gadis yang dah bertunang ini diteruskan dalam lagu One Night Only. Oh My God! Lagu ini memang ada kisah dan sejarah dalam hidup saya. Tidak mahu bercakap banyak pasal itu ceritera peribadi. Namun, vokal Jac sekali lagi macam nak meruntuhkan Planet Hollywood. Lagu ini dibawa dalam dua versi iaitu versi perlahan dan versi rancak. Memang power giler.

Bercakap pasal ibu, Jaclyn sempat berceritera yang ibunya adalah sumber inspirasi baginya. Ketika Ikon Asean yang menyaksikan Jac kalah ditangan Vina, ibu Jac berkata sebelum keputusan diumumkan…”I really like what you did…” Terharu Jac kerana dalam keadaan seperti itu, ibunya banyak menyejuk hati dengan menaburkan kata-kata yang positif.

Jam 11.20 malam, saya baru nampak Vincent Chong sampai. Agak lewat sedikit memandangkan hari ini adalah hari terakhir Vince membintangi sebuah teater berjudul Frogway. Vince memegang watak Eddy, seekor katak yang berkebolehan menyanyi dalam muzikal ciptaan Michael Veerapan. Lama tidak mendengar persembahan live dari Vince, sesi duet untuk dua buah lagu bersama Jac iaitu You’re The Music (lagu tema filem High School Musical 2) dan The Prayer memang ada peningkatan yang jauh lebih baik dari sebelum ini. Vokal Vince memang hebat juga tambahan lagi semasa lagu The Prayer yang membuatkan saya berkata, suara Vince memang boleh buat duit dengan teater musical ala Broadway sebab suara pemenang (bukan pengalah) AF musim pertama ini ala-ala suara Josh Groban.

Seterusnya lagu Layu Sebelum Berkembang dan lagu Satu Harapan (lagu tema drama Manjalara atau kata diorang ni lagu Shampoo?) dibawa oleh Jac. Sebelum pulang, Jaclyn Victor membawa lagu yang memberi kemenangan dan menampakkan jejaknya dalam lagu Gemilang. Argh! Satu lagi pukulan dahsyat dari Jac… dan saya dengan ini memberi rating 10/10 kepada showcase Jaclyn Victor kali ini. Jadi, lain kali Planet Hollywood boleh jemput Jac buat gigs yang lebih power meletop lagi selepas ini.

ibu jac mother

Antara tetamu yang turut hadir ialah ibu Jaclyn, Ahmad Izham Omar, Bob AF2, Vincent Chong AF1, Bos Jac dari Sony BMG selain hadirin yang datang ramai terdiri dari kelab peminat Jac sendiri. Diringi pemuzik handalan, Hillary dan juga dibawah pimpinan Acis (suami Sheila Majid). Saya sempat borak dengan wartawan sensasi dari Melodi, Michelle Yeoh, eh silap… Michelle Wee… mmmm… sembang punya sembang… terkeluar dari mulut reporter berbangsa Cina dari Sabah ni…”Eh, bukan ke awak yang bergambar dengan Ella dan lepas tu kena gossip jadi bakal tunang Ella…?” Ngeh! Takde benda lain ke ni… hahahaha… kantoi lagi di situ kawan nih seekor. “Macamana boleh tahu?” Jawab Mischelle “Laaa… gambar tu memang ada dalam kepala saya…” Hek… patutlah hos tv3 ni power pergi sergah dan serang selebriti dengan soalan panas, rupa-rupanya segala soalan kontroversi dah ada dalam kepala masak-masak. Pergh! Power ah!

Kepada peminat Jac, ada website terbaru untuk anda layari iaitu www.jaclynvictor.net 

[tags]gambar jaclyn victor, showcase jaclyn victor planet hollywood, gambar tunang jac, lagu inilah masanya, lirik dibawah pohon asmara, muatturun lagu tiada lagi indah, download mp3 jaclyn victor, download songs new jac, cepat-cepat, cinta tiada akhirnya, one nite only mp3, lagu you’re the music download, the prayer, layu sebelum berkembang lirik, komposer lagu jac, petua cantik pengantin, satu harapan, lagu tema manjalara, sheila rusly, gossip emilia rosmila, gemilang, cogankata, bob af2, gossip bob, vincent chong, teater frogway ulasan[/tags]

acis

jaclyn

jaclyn

jaclyn

jac bob

bob af2

hillary

vincent

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Lisdawati Pelakon Drama Terbaru Pasrah di RTM

Trailer Youtube Film Naraka 19 Ulasan Filem Naraka 19