in , , , ,

Rock Ooo! Sekitar Konsert RMK2 (Rock Malaysia Ke-2) di Planet Hollywood

Sejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an. Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan.

Kini, berada di era millenium, muzik rock terus bertahan walaupun perubahan aliran muzik ini begitu ketara dari segi lagu dan liriknya. Banyak band indie (bebas) yang tumbuh seperti cendawan. Ada yang sudah berjaya dilamar syarikat rakaman dan ada yang masih berjuang di bawah tanah (underground).

Saya suka dengar dan layan lagu rock yang easy listening. Bergantung pada keadaan juga, kadang-kadang muzik rock yang keras boleh buat tekanan hidup jadi kurang sedikit.

Pada 23 Jun yang lalu, saya ke Planet Hollywood untuk mengikuti satu konsert Rock Malaysia Kedua. Layan lagu-lagu rock dari band-band rock tempatan jamming lagu-lagu Melayu memang happening juga.

Konsert ini bersiaran langsung menerusi Radio Suria FM, Hidup Pasti Rancak. Jadi ramailah penyampai radio Suria FM yang turun padang antaranya Zhana, Bob Ringgo, Mira, Junn, Lnn, Ayzack, Zaff, Galuh, Azrul, Akhtar, Zharyn, Azrene, Zafrina, Tuah Zuqarnain dan Saiful Azmi. 

Konsert ini diadakan sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-50. Band yang jamming dan buat gigs antaranya Pretty Ugly (Cantik tapi hodoh), Flop Poppy, Nitrus, 6ixth Sense (Deria ke-6), Brainhead, Meet Uncle Hussain (Jumpa Pakcik Husin) dan Hujan.

Brainhead (Kepala Hotak?), grup dari Kelana Jaya telah bawa 6 buah lagu yang digubah dan ditulis sendiri seperti Pasti, Mentari, Persis Sebuah Kehidupan, Sejahtera Malaysia dan Dunia. Album Brainhead akan berada di pasaran pada bulan Julai 2007. Band 6ixth Sense yang akan melancarkan album terbarunya pada 13 Julai ini juga turut menggegarkan Planet Hollywood. Memang ganas betul gig / show dari band yang dianggotai 5 budak muda ni.

Saya suka tengok aksi Adi (vokalis) yang menjerit sampai nak keluar anak tekak sambil melompat-lompat. Hampir roboh pentas jadinya. Antara lagunya, Semuanya Di Sini, Hari Ini dan Semalam dan Rayuan Gombal. Band Hujan juga tak kurang hebat. Diorang ni sempoi habis lah. Terutama vokalis dia yang berambut panjang persis penyampai radio Era, Reza tu. Ironinya, semua lagu diorang ni ada perkataan hujan. Tak percaya anda boleh dengar sendiri.

Antara lagu Hujan yang bergema di PH ialah Kuala Lumpur, Lagu Sedih, Waspada, Kepadamu, Pagi Yang Gelap dan lagu Kris Dayanti, Mencintaimu, dibawa dengan versi rock yang keras gitu.

Saya tak sempat nak tengok Pretty Ugly, Flop Poppy dan Nitrus perform sebab perut dah lapar. Kitorang pergi makan di Restoran Nandos Bukit Bintang. Selesai show dari Hujan saya terus keluar makan dan lepas tu terpaksa ke Konsert Agnes Monica di Stadium Negara. Argh! Lotih den!

Vokalis band Hujan

6ixth Sense yang gempak habis!

Siap boleh baring?

Mira Edora…

Amacam, bley? Ni baru rock nama nya beb!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yuni Shara, Kakak Kris Dayanti Bawa Lagu Melly Goeslow Best Giler!

Sinopsis Filem Komedi Romantik Berjudul KAYANGAN Lakonan Fazura