in , ,

Sekitar Rizman Ruzaini x HP di KLFW 2019

HP Inc. dan Rizman Ruzaini tafsir semula inspirasi bagi pereka di Minggu Fesyen Kuala Lumpur

Sejajar dengan seruan HP untuk “Terus Mentafsir Semula” sambil menyokongmasa depan Malaysia, HP telah bekerjasama dengan gandingan pereka dinamik yang disanjung tinggi di Malaysia, Rizman Nordin dan Ruzaini Wan Jamil yang merupakan pengasas jenama terkenal, Rizman Ruzaini. Kerjasama ini, yang dikenali sebagai HPxRR diilhamkan oleh inovasi terkini HP, iaitu HP Spectre Folio.

Sekitar Rizman Ruzaini x HP di KLFW 2019

Usaha sama ini menjangkau sempadan fesyen dan teknologi, sekali gus memaparkan kerjasama jenama tempatan dan global untuk mencipta koleksi yang lain daripada yang lain, iaitu koleksi lelaki pertama daripada Rizman Ruzaini yang bakal diketengahkan di KLFW 2019.

Sekitar Rizman Ruzaini x HP di KLFW 2019

“Sentiasa mentafsir semula sambil komited kepada kehalusan seni dan keterperincian kerja telah membolehkan kami mengikuti perkembangan industri fesyen yang sentiasa berubah dalam tempoh 15 tahun lepas sambil mengekalkan DNA kami,”

– Rizman Nordin
Sekitar Rizman Ruzaini x HP di KLFW 2019

“Kami sentiasa mencari cara baharu untuk mempelopori inovasi dan kerjasama kami dengan HP membolehkan kami berbuat demikian.

Mengambil inspirasi reka bentuk daripada HP Spectre Folio yang mengagumkan, anda boleh menantikan sentuhan kulit, kemewahan dan keanggunan dalam koleksi busana kami yang akan datang,”

– Ruzaini Wan Jamil
Sekitar Rizman Ruzaini x HP di KLFW 2019

Inisiatif HP Malaysia untuk menyokong industri fesyen tempatan akan menjangkaui KLFW 2019. HP Malaysia dan KLFW juga akan menyediakan platform untuk membantu bakat tempatan baharu mengetengahkan karya mereka dan mencuri tumpuan di KLFW 2020. Butiran lanjut akan disampaikan pada September 2019.

Sekitar Rizman Ruzaini x HP di KLFW 2019

HP Spectre Folio

Dengan gaya bentuk anggun daripada kulit asli berwarna krom tahan lama, komputer riba boleh ubah ini memperlihatkan keunggulan dan kehalusan seni tangan pereka mahir yang menggabungkan keselesaan dan gaya.

Sekitar Rizman Ruzaini x HP di KLFW 2019

Kulit ukiran tangan dan jahitan menyerlah membawakan pengalaman pancaindera yang baharu buat pengguna – semuanya dibina berasaskan perkakasan yang direka cipta dengan teliti.

Rangka fleksibel yang dihasilkan menerusi engsel semula jadi kulit berira penuh, sedia mengubah bentuk komputer sama ada sebagai komputer riba biasa, tablet dan juga peranti berbentuk khemah (tent).

Sekitar Rizman Ruzaini x HP di KLFW 2019

HP Spectre Folio dalam warna Coklat Cognac boleh didapati sekarang pada harga RM7,999 di Harvey Norman dan Gedung Konsep HP terpilih.

Sekitar Rizman Ruzaini x HP di KLFW 2019

Mengenai HP

HP Inc. mencipta teknologi yang menjadikan kehidupan lebih baik untuk semua insan, di mana-mana sahaja. Menerusi perkhidmatan dan produk kami yang meliputi komputer peribadi, mesin cetak dan sistem percetakan 3D, kami membawakan pengalaman yang menakjubkan. Maklumat lanjut tentang HP Inc. boleh didapati di http://www.hp.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ippo Hafiz Selamat Bergelar Suami Kepada Fara Roslan dengan Sekali Lafaz

Zul Ariffin Dedah Kisah Bromance dengan Remy Ishak dalam SANGKAR