in

Sekitar Red Box Berwajah Baru & Showcase OMG Gempak

RED BOX MEMPERSEMBAHKAN SHOWCASE OMG GEMPAK!

Bersempena dengan ‘Pelancaran Wajah Baru Red Box Ria’, buat julung-julung kalinya Red Box dengan kerjasama KRU Studios mempersembahkan ‘Showcase OMG Gempak!’ pada hari Sabtu, 19 November 2011, 2 petang. Bertempat di Dewan Serbaguna KL SOGO, konsert mini ini turut diadakan bersempena dengan promosi CD kompilasi OMG Gempak! yang sudah pun berada di pasaran.

DSC_0378_(1600_x_1200)

Dirasmikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Red Box Karaoke, Ms. Valerie Choo dan Vice President Music KRU Studios, En. Khairul Ismail, tujuan Showcase ini diadakan tidak lain tidak bukan adalah sebagai tanda penghargaan ke atas sokongan pelanggan yang terus setia bersama Red Box Ria sejak enam tahun lalu. Membariskan artis-artis naungan KRU Studios seperti Tiga, Chomell Fana, Iqa (Mentor) dan Forteen, showcase menampilkan persembahan single terbaru mereka iaitu:

1. Tiga – Lelaki Tak Guna
2. Chomell Fana – BFF
3. Iqa (Mentor) – Di Penghujungnya
4. Forteen – Berdua Bersatu

Showcase turut menampilkan persembahan eksklusif oleh Diva negara, Ning Baizura dengan lagu terbaru beliau Raksasa dan Mama Papa. Juga penampilan istimewa oleh artis dari NAR Records yang sedang meningkat naik, Najwa Latif yang kini popular dengan lagu Cinta Muka Buku.

Selain dari persembahan artis, sesi cabutan bertuah turut diadakan. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan. Antaranya Jam Tangan Ice-Watch serta Pakej Pelangsingan & Kecantikan dari Glow & Glamor dan banyak lagi.

“Semoga showcase ini terus menjadikan Red Box Ria kekal menjadi pilihan nombor satu peminat karaoke. Setelah eman tahun beroperasi, hari ini, Red Box Ria tampil dengan wajah baru dan konsep baru yang kami panggil ‘Hip – Cool – Lively – Refreshing’. Saya dengan rasa rendah diri menjemput hadirin merasakan sendiri perubahan yang kami bawakan terutamanya dari segi hiasan dalaman & kelainan sistem audio-visualnya,” ujar Ms. Valerie sekitar majlis sidang media yang diadakan baru-baru ini. Red Box turut menyampaikan rasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan KRU Studios dan berharap acara petang ini dapat berlangsung dengan meriahnya.

Red Box Ria Kini Berwajah Baru!

Sejak penubuhannya pada awal tahun 2000, Red Box telah tampil dengan empat jenama iaitu Red Box, Red Box Ria, Green Box dan Red Box PLUS. Dan sejak awal penubuhan Red Box Ria di KL Sogo pada tahun 2005, jenama ini terus berjaya menjadi lokasi karaoke pilihan untuk semua lapisan usia bermula kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan golongan veteran.

Hari ini, mengambilkira kehendak & keperluan semasa pelanggannya, Red Box Ria tampil dengan konsep hiasan dalamannya yang elegan bagi mewujudkan suasana atau ‘mood’ yang lebih bersemangat. Masih mengekalkan motto ‘Rentak Melodi Seisi Keluarga’, Red Box Ria kini mengetengahkan konsep ‘Hip – Cool – Lively – Refreshing’. Konsep ini pastinya dapat dilihat melalui:

Perubahan rekabentuk dalamannya melalui penggunaan warna-warna elegan.

Sistem Audio-Visual yang canggih dengan kelengkapan sistem bunyi terkini, skrin sentuh, LCD TV dan mikrofon tanpa wayar.

Keselesaan ruang yang menjanjikan keseronokan berkaraoke untuk seisi individu, keluarga dan majlis korporat. Juga kemudahan permainan PS3 dan kelengkapan Wi-Fi untuk setiap pengunjung.

Hidangan yang mementingkan kebersihan, kualiti dan menepati selera pelanggan. Hidangan makan & minum boleh dinikmati bermula dari hidangan tengahari, ala-carte & buffet makan malam.

Masih mengekalkan caj yang sama, Red Box Ria terus menekankan layanan mesra-pelanggan oleh kakitangan yang profesional.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-2145 2355 atau layari www.redbox.com.my atau ikuti kami di facebook di www.facebook.com/redboxfans

DSC_0379_(1600_x_1200)

DSC_0390_(1600_x_1200)

DSC_0428_(1600_x_1200)

DSC_0527_(1600_x_1200)

DSC_7338b_(1600_x_1200)

DSC_7532_(1600_x_1200)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Julio Iglesias di Concert of Celebration YTL

Adibah Nor dalam Skuad FAB TV3