in ,

Apa Yang Luar Biasa Berlaku di Perlawanan Amal Hari Malaysia Pilihan Harimau Malaysia vs Dugong All Stars?

Sempena sambutan Hari Malaysia Jumaat lalu, Astro Radio dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menjayakan sebuah acara Perlawanan Amal Hari Malaysia yang menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan antara Pilihan Harimau Malaysia dengan Dugong All Stars.

Acara yang bermula pada jam 5 petang itu, menyaksikan orang ramai mula beratur di pintu masuk stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan untuk menyakiskaan perlawanan antara Pilihan Harimau Malaysia dengan Dugong All Stars.

Johan melayan peminat dengan berselfie

Apa Yang Luar Biasa Berlaku di Perlawanan Amal Hari Malaysia Pilihan Harimau Malaysia vs Dugong All Stars?

[dropcap]P[/dropcap]ada awal sesi separuh masa pertama, kedua-dua pasukan masih belum dapat membolosi sebarangan jaringan gol. Kira-kira 20 ribu penonton telah membanjiri Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tidak kering gusi melihat telatah Johan, selaku kapten bagi kumpulan Dugong All Stars.

Johan yang menjadi tunjang utama pasuka Dugong All Stars sentiasa membuatkan para penonton tidak kering gusi menyaksikan pelbagai kerenahnya yang setiasa tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil bertugas.

[pullquote align=”right”]Sehinggakan, satu keadaan di mana Johan berguling di atas padang pada detik kemenenangan pasukan lawan. Perlawanan Amal Hari Malaysia ini ternyata jauh luar biasa dari perlawanan bola sepak yang biasa ditonton oleh masyarakat Malaysia.[/pullquote]

Pilihan Harimau Malaysia di bawah bimbingan jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee membariskan bekas pemain kebangsaan antaranya Datuk Soh Chin Aun, Dollah Salleh, B. Sathianathan, Khalid Ali, Lim, Chan Yew, Mehmet Durakovic dan Annuar Abu Bakar.

Pasukan Dugong All Stars yang dikendalikan bekas penyerang kebangsaan dan jurulatih Azman Adnan membariskan pemain dalam kalangan penyampai radio ERA fm, Johan, Hanif, Ray dan Radin serta artis-artis tempatan seperti Black, Tomok, Akim AF, Zahid, Achey, Hazama dan ramai lagi.

Dalam perlawanan itu, pasukan Pililian Harimau Malaysia menewaskan Dugong All Stars 3-1. Hasil jualan tiket perlawanan amal itu akan disumbangkan kepada Pakatan Pemuliharaan Harimau Malaysia (MYCAT) untuk meneruskan usaha-usaha pemuliharaan harimau di negara ini.

14372384_10154765201352345_1150445158863085571_o

Kata Nazri Noran, selaku Pengurus Kanan Kandungan ERA fm,

“Kami juga gembira kerana mendapat sokongan FAM untuk melaksanakan perlawanan sebegini sempena meraikan sambutan Hari Malaysia 2016. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang hadir bersama keluarga tersayang untuk menonton acara ini. Ini juga merupakan hadiah dari kami di ERA fm buat pendengar yang sentiasa menyokong stesen ERA fm. Kami percaya, apabila mereka dapat menyaksikan pemain bola sepak negara dan para selebriti beraksi di pentas perlawanan bola sepak secara lebih dekat, ianya membawa sejuta kenangan indah buat mereka.

Ternyata, gabungan mantap para selebriti yang datang dari dunia sukan dan hiburan telah memberikan sebuah impak yang sihat buat masyarakat Malaysia. Sememangnya, acara ini juga bertujuan untuk menghimpun warga Malaysia tanpa mengira bangsa, umur, jantina mahupun status latar belakang sosial untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan persahabatan sebegini.”





Perlawanan persahabatan telah dilaksanakan pada Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September (Jumaat) lalu, bertempat di Stadium Paroi, Negeri Sembilan bermula jam 5 petang.

Stesen ERA fm dan Astro Arena turut menjadi penyiar radio dan TV rasmi untuk perlawanan ini. Pihak ERA fm mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja utama bagi perlawanan persahabatan ini.

[pullquote align=“left”]Perlawanan Bola Sepak Luar Biasa, 20 Ribu Penonton Banjiri Stadium Sempena ‘Perlawanan Amal Hari Malaysia’ Pilihan Harimau Malaysia kalahkan Dugong All Stars (3-1), Kapten Johan ceriakan suasana sepanjang perlawanan berlangsung![/pullquote]

Perlawanan Amal Hari Malaysia – Dugong All-Star LWN Pilihan Harimau Malaysia ini telah pun ditonton secara langsung melalui Astro On The Go (AOTG) dan siaran ulangan perlawanan di Saluran Arena (801) pada hari yang sama jam 11.30 malam.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai ERA fm, dengarkan juga frekuensi ERA fm serta ikuti halaman media sosial ERA fm di Facebook, Instagram dan Twitter.

Stadium yang dibanjiri warga Malaysia

Acara bergambar selepas penyampaian hadiah kepada pemenang untuk kedua dua pasukan

Senarai Nama Pemain

Sebelum perlawanan bermula

Seawal perlawanan semasa menyanyikan lagu Negaraku

Saat kemenangan Dugong All Stars selepas jaringan gol oleh Akim AF

Pasukan Pilihan Harimau Malaysia

Para artis bersorak untuk pasukan lagenda negara

Ketua Jurulatih pasukan Pilihan Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee (1)

Kelihatan persiapan Akim dan Hazama sebelum memulakan perlawanan

Himpunan penonton di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Hairul Azreen yang bersemangat untuk beraksi di padang

Datuk Soh Chin Aun dan Dolla Salleh sebelum perlawanan bermula

Barisan pemain Dugong All Stars bersama pingat kemenangan

Artis-artis yang mewakili pasukan Dugong All Stars

Akim dan Atu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Berkolaborasi Bersama F.C. Barcelona Untuk Program Kem Bola

Izara Aishah Bercinta Dengan Lelaki Berusia dalam CINTA MASAM MANIS