in ,

Sekitar Pengebumian Pengarah Yasmin Ahmad

Jenazah Pengarah Yasmin Ahmad disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya

SUBANG JAYA: Jenazah pengarah filem dan iklan terkenal, Allahyarhamah Yasmin Ahmad selamat disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya sebelum waktu Zohor sebentar tadi. Sebelum itu jenazah arwah Yasmin Ahmad telah dibawa ke masjid Abu Bakar As-Siddiq di SS19, Subang Jaya untuk dimandikan dan disembahyangkan, yang diketuai oleh Imam Ustaz Ahmad Salim dan bilal Ustaz Mohamad Soen.

3759913570 486C1540E3 O | 4

Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak malam tadi sekitar pukul 11.26 malam di Hospital Pakar Damansara.

Turut hadir pada majlis pengebumian ini bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Seri Farid Ridzuan dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Tony Fernandes

Antara rakan-rakan artis serta sahabat handai Arwah Yasmin yang hadir ke majlis pengebumian ini ialah atimah Abu Bakar, Rosyam Nor, Pengarah filem, Amir Muhammad, Jaclyn Victor, Sharifah Amani, Suhaimi Baba, Tan Karhoe (pelakon filem Telentime), Low Ngai Yuen, Jo Kukathas, Ho Yu Hang, penggiat teater, Fahmy Fadzil dan penyanyi/penulis lagu, Pete Teo.

3759117027 5573F4B1F7 O | 5

3759913866 2F53455Cd9 O | 6

3759117717 5B9D443D66 O | 7

3759914748 Bb56D9E6B9 O | 8

3759119277 66Ec96D039 O | 9

3759916594 020F780Eb8 O | 10

3759916860 7A41689Bb8 O | 11

3759913676 Cc62893Fef O | 12

Berikut adalah kronologi majlis pengebumian jenazah Yasmin Ahmad.

9.30 pagi: Kereta jenazah bertolak dari rumah Arwah Yasmin di 42, Jalan SS22/5D, Subang Jaya.

9.50 pagi: Kereta jenazah tiba di masjid Abu Bakar As-Siddiq di SS19, Subang jaya.

10 pagi: Bacaan Yassin dari ahli keluarga dan semua yang hadir dijalankan.

11.05 pagi: Persiapan untuk menyembahyangkan jenazah sedang dibuat. Selepas jenazah disembahyangkan, orang ramai dibenarkan untuk memberi pernghormatan terakhir kepada Arwah Yasmin Ahmad.

11.38 pagi: Jenazah sedang disembahyangkan.

11.52 pagi: Sembahyang jenazah baru sahaja selesai dan jenazah kini sedang dalam perjalanan ke Tanah Perkuburan USJ 20.

12.46 tengahari: Jenazah Yasmin Ahmad telah selamat disemadikan dan bacaan talkin sedang dijalankan.

Kali pertama tiba di masjid dan selepas itu ke tapak perkuburan, hati rakan-rakan Yasmin Ahmad seakan-akan teringat babak-babak penyatuan kaum dalam filem-filemnya. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemergian Yasmin Ahmad: Komen Artis & Selebriti

Yasmin Tak Sempat Lihat Filem Terakhirnya, Go, Thaddeus