in

Sekitar Pengambaran Temubual Budiey Bersama IN TREND RTM

Baru-baru ini, ‘pejabat pengurusan’ Budiey.com telah menerima tetamu dari program In Trend – RTM. In Trend yang Budiey maksudkan di sini bukan sebuah majalah terbitan Astro tetapi In Trend adalah sebuah program TV.

Untuk info pembaca, program IN-TREND merupakan rancangan berbentuk majalah untuk remaja yang dihoskan oleh KISHZ & IZREEN yang memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan remaja. In Trend bersiaran di TV2 pada jam 12 tengahari setiap hari Ahad.

Pada kali ini, seorang hos baru yang bernama Sufian Amri telah ditampilkan. Masih lagi belajar di salah sebuah kolej di KL. Sufian menganggap hos sebagai satu platform untuk belajar dan menimba pengalaman.

Walaupun jadual pada hari tu terlalu pack tapi Budiey sambut mereka dengan lapang dada. Sebenarnya, temubual bersama Budiey hanyalah untuk mengisi ruang 4 minit. Program ini bersiaran selama 30 minit sahaja. Hanya perlu jawab 5-6 soalan basic tentang gaya hidup seorang penulis blog. Sangat senang dan tak perlu berfikir banyak.

Terlebih dahulu nak ucap terima kasih kepada semua krew IN Trend yang telah bekerja keras untuk menjayakan temubual kali ini.

Kecil tapak tangan, nyiru Budiey Budiey tadahkan. Ketika menyambut hos di muka pintu.

Hello everybody… Sufian Amri in da house!

Krew tengah set up peralatan shooting. Mereka begitu komited & sangat profesional.

Bersama kameraman, penerbit & hos In Trend.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Candid & Spontan Selebriti

Samsung Lancar TV Full HD 3D LED TV di Malaysia