in

Sekitar Pelancaran Flagship Store Getha Malaysia

Jenama kelengkapan bilik tidur tempatan Getha melancarkan Pusat Terapi Tidur Utama yang pertamanya di Malaysia

Ayuh melangkah ke sebuah dunia yang penuh dengan ketenangan dan di dalam lingkupan keselesaan alam semulajadi – GETHA sebuah jenama kelengkapan bilik tidur terkemuka tempatan yang memenangi pelbagai anugerah membawa makna “keselesaan” ke aras kemewahan yang lebih tinggi dengan pelancaran “Pusat Terapi Tidur “ utamanya. GETHA merupakan satu-satunya jenama tempatan yang memperkenalkan konsep Pusat Terapi Tidur.

Berdiri kukuh diatas latar belakang urban bandar Petaling Jaya, gedung utama dua tingkat berukuran 6,000 kaki persegi ini adalah Pusat Terapi Tidur terbesar Getha di antara 9 cawangan yang lain. Direka dengan menitik beratkan aspek gaya dan fungsi di minda, gedung kelengkapan bilik tidur ini pasti akan menenangkan minda serta membelai jiwa para rakyat Malaysia dengan konsep mewah dan mesra alamnya.

Getha

“GETHA adalah sebuah jenama tempatan yang telah menembusi pasaran antarabangsa dan kami sentiasa menjangkaui batasan di dalam pembangunan jenama kami untuk memberikan “pengalaman tidur” terbaik buat para pelanggan kami”. Idea di sebalik kemunculan gedung ini adalah lanjutan peningkatan permintaan para konsumer yang menginginkan produk terbaik buat keperluaan kelengkapan tidur mereka. Semestinya gedung utama ini menawarkan kesempurnaan itu!” , ujar Vincent K.L Tan, Ketua Pengarah Eksekutif Getha Bedding (M) Sdn Bhd.

Tambah beliau lagi, “Waktu tidur adalah perkara peribadi dan amat personal”. Menyedari ini, konsep gedung kami menghidupkan suasana tenang dan privasi bilik tidur bagi memberikan pengalaman tidur yang terbaik buat pelanggan kami. Kami juga turut mempunyai para perunding yang berpengalaman bagi mendidik para pengguna pentingya getah berkualiti tinggi bagi tilam mereka serta membantu mereka dalam mencari tilam baru dengan saiz,gaya serta keutuhan yang sesuai bagi waktu tidur yang sempurna”.

Getha

GETHA maju setapak lagi dalam mempertingkatkan keutuhan jenamanya di dalam Negara, baru-baru ini GETHA memenangi “Anugerah Industri Komoditi Malaysia (AIKM) 2011” Dibawah kategori “Pembangunan Jenama Tebaik”. Mereka menewaskan Sembilan calon lain dari industri lain , antaranya minyak sawit, bio – gas dan koko. “Ia amat bermakna buat lembaga komodtiti getah dan syarikat kami, kerana ia adalah kemenangan pertama buat industri getah di anugerah berprestij ini! Kami bangga dan merasa rendah diri kerana dihargai dan kami berharap agar anugerah ini akan membawa GETHA dan getah Malaysia jauh dipersada dunia” jelas Tan lagi.

Gedung utama tersebut menampilkan semua rangkaian tilam GETHA yang terdiri daripada Dream Kingdom, siri Transforme 360, siri ECO Kingdom, Siri Togetha, Siri Inner Green, siri Baby serta pelbagai aksesori tidur dan bilik tidur – semuanya di bawah satu bumbung. Kesemua tilam, bantal dan bantal peluk dihasilkan dengan kualiti tertinggi, hanya menggunakan bahan mentah premium serta dengan kemasan 100% Getah latex asli berkualiti Malaysia.

Pusat Terapi Tidur GETHA terletak di No. 62, Jalan Universiti, Petaling Jaya. Slia hubungi 03-7958 4476 atau layari www.getha.com.my untuk maklumat lanjut.

Mengenai Getha
Nama GETHA berasal daripada perkataan “Getah”. Nama ini amat simbolik dan memegang sebenar kepada identitinya dengan menggunakan 100% getah latex asli Malaysia yang dikenali untuk kualiti bertaraf dunianya.

GETHA adalah jenama Malaysia, buatan Malaysia untuk dunia. GETHA diterima dengan baik dipasaran antarabangsa kerana rekabentuk produknya yang kontemporari dan bergaya serta kualiti yang menepati piawaian antarabangsa. Ia telah menerima akreditasi daripada ECO Umweltinstitute,German, Oeko TEX, Switzerland dan Lembaga Getah Malaysia yang terkenal diseluruh dunia.

Memandangkan semua bahan mentah produk kelengkapan bilik tidurnya daripada alam semulajadi, GETHA menyedari perlunya melindungi alam sekitar bagi perkembangan jenamanya dimasa akan datang. Ia mengamalkan amalan pengingalangan yang terbaik bagi memastikan alam sekitar dipelihara dan menepati piawain yang ditetapkan badan berkuasa.

Getha

Amber Chia

Getha

Wardina Safiyyah

Getha

Rashidi Ishak

Getha

Noniswara

Getha

Getha

Getha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Menarik Aidiladha 2011 di TV9

James Bond Skyfall Stars Daniel Craig