in , ,

Sekitar Pelancaran Drama Online Ceraiya

Pada petang 26 Ogos lalu, GUA, portal hiburan dan gaya hidup telah melancarkan sebuah drama dalam talian (online) berjudul CERAIYA sempena ketibaan bulan Ramadhan yang bakal menjelma.

“Apa itu Ceraiya?” soalan diajukan terus kepada boss besar Portal GUA, M.Zulfifli.

Tebakan Budiey tepat. Dua perkataan Cerai + Raya disatukan… menjadi Ceraiya. Oh! Cerita pasal berkelahian antara pasangan apabila menjelangnya hari raya. Rutin dan agak klise bila membincangkan giliran untuk beraya. Samada belah suami ke, isteri ke, atau kedua-dua terpaksa beralah… beraya sahaja di bandar Kuala Lumpur.

Satu langkah bijak, untuk menarik pelayar internet menonton drama dengan tema komedi yang mungkin dapat menghilangkan bosan… Sebagaimana kata M.Zul, cerita ini pasti menghiburkan!

Majlis diserikan dengan kehadiran para pelakon drama ini iaitu Melissa Maureen, Tony Eusoff, Riz Ainuddin, Naem Galili dan Dela.

Sinopsis Drama Ceraiya

Drama Ceraiya berkisarkan tentang sepasang suami isteri yang tidak sehaluan lagi walaupun inai masih merah di jari. Tinggal beberapa hari lagi menjelang Aidilfitri, Niki dan KP sepakat untuk bercerai. Tetapi apabila bapa KP diserang penyakit jantung, mereka terpaksa menangguh pengumuman berita tersebut.

Sepanjang perjalanan balik kampung untuk beraya bersama keluarga Niki, pelbagai Niki, pelbagai peristiwa pahit manis yang menempuh i pasangan ini telah membuka mata KP dan Niki tentang erti sebuah perkahwinan.

Walaupun Ceraiya menceritakan tentang keruntuhan sebuah rumahtangga drama 15 episod ini disulami unsur-unsur komedi tetapi pastinya diulit pengajaran yang boleh diambil iktibar oleh bakal pasangan suami isteri sebelum mendirikan masjid.

Diterbitkan oleh KL Motion Pictures, diarahkan oleh Azizi ‘Chunk’ Adnan (FDAM) dan dua watak utama drama ini dilakonkan oleh pelakon jelita Melissa Maureen dan pelakon lelaki pujaan ramai Tony Eusoff. Episod baru episod tontonan seisi keluarga ini boleh disaksikan pada hari Isnin sehingga Jumaat setiap minggu di bulan Ramadhan.

Menggunakan format online drama GUA, setiap episod Ceraiya digarap dalam hanya empat minit. Drama ini boleh ditonton di gua.com.my bermula 1 September 2008.

Pada majlis pelancaran dan sidang akhbar Ceraiya yang diadakan di Restoran Rebung Bangsar, tetamu-tetamu termasuk pihak media telah dipertontonkan dengan trailer Ceraiya dan sejurusnya diberi penghormatan menonton episod pertama drama Ramadhan ini.

M. Zulkifli Abdul Jalil kata:

“Ini merupakan kali pertama kami menerbitkan sebuah drama yang bertemakan bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia. Kami percaya, Ceraiya bakal diterima baik pelayar GUA atas kekuatan jalan ceritanya, tema yang relevan, dan juga persembahan lakonan yang berkesan oleh TOny dan Melissa serta para pelakon yang terlibat.”

Gua juga akan menayangkan siri ceramah kontemporari berjudul Ramadhan di GUA bersama Ustaz Akhil Hayy yang juga akan bermula pada 1 September nanti.

Tony Eusoff sebagai KP

Selamat pengantin baru buat Melissa Maureen Rizal. Watak Niki yang lebih notty!

Riz Ainuddin yang membawa watak kawan karib KP. Watak yang mementingkan ekspressi mencabar karakter sebenar dirinya.

Dela membawa watak Aish, kawan rapat kepada Niki.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ALBUM TERBARU KOMPILASI HITS TERKINI

Gambar Sekitar Pra Tonton Filem KAMI The Movie