in ,

Sekitar Pelancaran Carnival Little Red Cube Nusajaya

Masuk ni, dah kali ketiga Budiey menjejakkan kaki di bumi Nusajaya Johor. Setiap kali datang ke sini, dalam hati terdetik, wah, pembangunannya sangat pesat membangun. Kali pertama datang lain, kali kedua pulak lain. Cepat betul pertumbuhan dan perubahan dari masa ke semasa. Kepada anda Johorians sekalian, Budiey rasa tidak perlu lagi pergi jauh lagi untuk makan angin dan jalan-jalan, berlibur bersama keluarga. Yang dekat ni, tidak kurang hebatnya.

Nah! Nusajaya kini dah ada tersedia segala-galanya untuk anda!

Little Red Cube - perfect place for family and friends get together, to play, dine and shop!

Pada 5 Jun lalu, Budiey berpeluang mengintai suasana sekitar Pelancaran Carnival di Kompleks Little Red Cube, sebuah kompleks yang ada segalanya terletak di Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Nusajaya, Johor. Karnival ini berlangsung dari 4 Jun sehingga 23 Jun 2013 dan masuk adalah PERCUMA!

Bagi anda yang nak datang ke Little Red Cube, hanya mengambil masa 25 minit memandu dari Senai International Airport Johot Bahru, 20 minit memandu dari Singapore via Malaysia – Singapore Second Link, 5 minit berjalan kaki dari Puteri Harbour International Ferry Terminal dan 3 1/2 jam memandu dari Kuala Lumpur via North South Highway. Mudah kan?

Seawal jam 6 pagi, Budiey sudah terpacak di KLIA untuk terbang ke Johor Bahru. Setelah terbang selama 40 minit, penerbangan dari jam 7.30 pagi itu telah membawa Budiey tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai lalu langsung dibawa dengan bas shuttle yang disediakan untuk singgah ke Traders Hotel, Puteri Harbour yang terletak berhampiran dengan Little Red Cube.

Jika anda ingin ke sini untuk percutian yang panjang, bolehlah menginap di Hotel Traders memandangkan hotel ini adalah hotel yang paling dekat dengan pusat membelah belah ini. Difahamkan untuk ke Legoland pun sangat dekat dari sini, hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Untuk kemudahan anda, bas shuttle ke Legoland Malaysia dari Traders Hotel, Puteri Harbour turut disediakan secara PERCUMA ya.

harbour cafe

Perut masih kosong, minta diisi. Jadi, Budiey dibawa bersarapan di Harbours Café yang terletak di tingkat 1, Hotel Traders. Di sini, Budiey lihat banyak pilihan sajian pelbagai bangsa, Melayu, China dan India. Kalau beralih selera dengan makanan antarabangsa pun ada. Pendek kata, segala macam makanan yang anda mahukan ada di Harbours Cafe ni. Budiey sempat merakam video travelogue di Hotel Traders ini, jadi anda boleh tonton dengan ‘subscribe’ saluran Budiey.com di Youtube.

harbour cafe

Selepas mengisi perut, dek kenyang tak ingat dunia makan roti canai berperisa pisang 2 keping dan nasi berlauk, Budiey sempat jalan-jalan di sekitar hotel yang bertemakan ocean dan berkonsepkan moden ini. Suasana dekorasi dalam bilik hotel juga sangat selesa dan elegan.

Little Red Cube

Bayaran untuk menginap di hotel ini untuk satu malam bernilai RM380 Deluxe Room yang meliputi hidangan sarapan secara buffet untuk 2 orang. Bagi Budiey yang sentiasa mahu online, servis WiFi internet PERCUMA turut disediakan di setiap sudut hotel. Kami juga berpeluang untuk naik tingkat atas di mana terdapat kolam renang infiniti yang berlatarkan pemandangan sekitar Puteri Harbour. Sangat tenang dan damai suasana kat sini.

Little Red Cube

Selepas melihat ruang hotel seimbas lalu, Budiey turun menuju ke lokasi di mana berlangsungnya ‘Media Launch’.

Oleh kerana pagi masih awal lagi, Budiey mundar-mandir dan jalan-jalan dulu melihat apa yang ada di Carnival @ Little Red Cube.

Wah! Bukan main happening lagi, sebab Budiey lihat banyak sekali aktiviti disediakan kepada pengunjung. Antara aktiviti menarik ialah Painting Suncatcher di mana kanak-kanak berpeluang untuk menunjukkan kreativiti mereka dengan mewarna aksesori. Ada juga Clowning Ensemble di mana kanak-kanak akan dihiburkan oleh badut yang Budiey lihat sentiasa berlegar-legar di sekitar Carnival.

Selain dari ‘Inflatable Castle’ yang mengujakan kanak-kanak dengan istana belon berwarna-warni, kat sini juga ada ‘Jumbo Sumo Wrestling’ yang Budiey rasa tak kurang happening bila kita dapat melepaskan geram dan stress dengan menumbuk seperti jaguh Sumo.

Little Red Cube

Aktiviti lain seperti ‘Helium Remote Control Fish’ di mana pengunjung akan terpesona dengan ikan terbang yang terapung menggunakan gas helium berterbangan di ruang Carnival ini, ada juga tempat untuk anda lihat lukisan potret anda dilukis oleh pelukis karikatur dan yang bestnya, ada pertandingan ‘Mencari Harta Karun’ di mana korang boleh menyertai bersama anak-anak anda sambil menerokai apa yang ada di Little Red Cube. Pendek kata, semua aktiviti yang disediakan di sini sangat menyeronokkan, sesuai dengan seisi keluarga.

Budiey difahamkan, ada juga ‘Live Entertainment’ di sini di mana terdapat persembahan kumpulan rock yang menghiburkan pengunjung pada waktu malam di Olive Tree.

Carnival Little Red Cube di Nusajaya Johor

Untuk info pembaca di Little Red Cube ini juga sebenarnya ada pusat hiburan tema untuk seisi keluarga seperti Sanrio Hello Kitty Town dan The Little Big Club. Budiey dah pun masuk dan meninjau-ninjau apa yang ada kat dalam. Nampak kanak-kanak semua seronok dapat bertemu, melihat pertunjukan istimewa dan bermain dengan Bob The Builder, Barney & friends, Angelina Ballerina, Pingu the Penguin, Thomas & friends.

Tidak lupa juga di sini terdapat satu-satunya, restoran unik yang direka khas dengan inspirasi seorang pelukis komik terkenal Lat iaitu LAT’s Place. Selain dapat membeli barangan cenderahati Lat, di sini juga pengunjung dapat menikmati hidangan istimewa dengan hiburan yang unik, ada lagu-lagu yang berlatarkan animasi kartun Lat, persembahan tarian dan macam-macam lagi. Kalau nak cuba, kenalah datang.

Tidak ketinggalan juga, di Little Red Cube juga terdapat outlet dan kedai-kedai untuk membeli belah yang telah pun dibuka kepada pengunjung seperti Toy’R’Us, Poney, Avenue Kids, Olive Tree Kitchen & Bar, Crepe Signature, Shihlin Taiwanese Street Snacks, House of Mini Cupcakes, Caring Pharmacy dan MyNews.Com.

Budiey difahamkan sebanyak 88 buah outlet yang disediakan namun sekarang ini hanya 18 outlet sahaja yang telah dibuka. Antara kedai yang belum dibuka ialah Starbucks, Sushi King, Brussels Cafe’, Chatime, WorldSpan dan banyak lagi!

Sekitar Pelancaran Carnival Little Red Cube

Sempena dengan Majlis Pelancaran Kompleks Membeli Belah Little Red Cube (LRC), satu karnival diadakan untuk kunjungan dan keseronokan seisi keluarga.

Sekitar jam 10.30 pagi, Dato’ Eddy Leong selaku Chief Operating Officer of of Destination Resorts and Hotels telah merasmikan Carnival bersempena dengan Little Red Cube ini. Karnival ini berlangsung dari 5 Jun hingga 23 Jun 2013 yang bakal memberi keseronokan kepada setiap yang hadir.

Dato’ Eddy Leong berkata:

“Kami percaya dengan adanya Little Red Cube ini dapat membuka lembaran baru untuk anda dan keluarga datang berhibur sambil bersantai bersama-sama. Banyak tempat menarik untuk dikunjungi dan kami akan pastikan anda pulang dengan penuh keseronokan. Saya ingin menyeru kepada anda semua supaya mewar-warkan tentang karnival ini dan mengajak kawan-kawan dan kenalan untuk sama-sama datang ke sini.”

Majlis dimeriahkan dengan persembahan dan juga pertunjukan fesyen catwalk dari kanak-kanak comel dan cute dengan mengenakan pakaian tajaan dari Poney.

Memanglah, sehari tak cukup untuk lepak-lepak dan jalan-jalan kat Little Red Cube sebab kawasan dia sangatlah luas iaitu seluas 4.2 ekar. Lokasi yang strategik yang berhampiran dengan waterfront Marina, Puteri Harbour sudah pasti akan menjanakan ekonomi setempat dan menyediakan satu lagi destinasi menarik untuk bercuti dan bersantai bersama keluarga.

Little Red Cube

Selepas mendaftarkan nama sebagai media yang hadir, Budiey sempat mengambil gambar dan merakam beberapa klip video di sini. Budiey lihat, ramai sekali media yang hadir untuk buat liputan pelancaran ini.

Little Red Cube

Acara dibuka dengan persembahan gendang ala The Stomp. Meriah, happening dan ia satu simbolik dengan acara di Carnival ini.

Little Red Cube

Emcee pada hari itu sempat bercerita secara ringkas tentang Carnival @ Little Red Cube.

Little Red Cube

Antara media yang hadir, tak lepas peluang untuk merakam aktiviti dan gambar sekitar pelancaran.

Little Red Cube

Little Red Cube

Gimik pelancaran Carnival @ Little Red Cube.

Little Red Cube

Kata-kata aluan dari Dato’ Eddy Leong, Chief Operating Officer of Destination Resorts and Hotels.

Little Red Cube

Bergambar bersama yang terlibat menjayakan Carnival @ Little Red Cube

Little Red Cube

Selepas pelancaran, turut dpersembahkan pertunjukan fesyen dari kanak-kanak yang mengenakan pakaian dari Poney. Comel sungguh mereka ini.

Little Red Cube

Little Red Cube

Little Red Cube

High Heels Race - pre carnival activities at Little Red Cube

Pram Race - pre carnival activities at Little Red Cube

Car Race Challenge - pre carnival activities at Little Red Cube

Untuk info lanjut, silalah layari:

LIKE Facebook: www.facebook.com/littleredcube
Lawat Laman Sesawang www.littleredcube.com
Pembelian Tiket Puteri Harbour Family Theme Park www.playtime.com.my

Carnival Little Red Cube di Nusajaya Johor

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Violet Sukasih Lakonan Zizan Nin

Noraniza Idris Bakal Lancar Sanggar Budaya