in , ,

Sekitar Pelancaran Album The Best Of Ari Lasso di Planet Hollywood

Pada 11 Julai lalu, bertempat di Planet Hollywood Kuala Lumpur, satu sidang media pelancaran album terbaru The Best Of Ari Lasso telah diadakan pada jam 3 petang.

Album ini diterbitkan khusus kepada peminat penyanyi yang terkenal dengan vokal matangnya yang begitu memukau. Jadi, peminat setia yang begitu fanatik tidak perlu membeli album bajakan atau cetak rompak atau kompilasi mp3 kerana album ini semestinya menjaminkan kepuasan.

Ketika ditemui pada sidang media perlancaran album pada sore itu, Ari ada komen:

“Rasanya, sudah tiba masa untuk penghasilan album ‘The Best Of…’ ini. Sebenarnya, album ini didedikasikan kepada peminat-peminat saya di Indonesia dan di Malaysia.

Mereka sering kali bertanya bilakah ingin menghasilkan album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu terbaik. Ini disebabkan banyak lagu-lagu yang pernah popular dicetak rompak.

Di atas sokongan mereka, maka saya menghasilkan Ari Lasso ‘The Best Of.’ Namun, saya memohon maaf kerana tidak semua lagu hits yang dapat dimuatkan di dalam album ini.”

– Ari Lasso

Sebanyak 12 buah lagu di dalam album ‘The Best Of’ ini. Tiga buah lagu baru digabungkan dengan sembilan buah lagu yang pernah ngetop. Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah

Lagu Baru:

  1. Badai Pasti Berlalu
  2. Mana Kutahu
  3. Aku dan Dirimu (bersama Bunga Citra Lestari)

Lagu Terbaik yang pernah ngetop:

  1. Misteri Illahi
  2. Perbedaan
  3. Cinta Terakhir
  4. Mengejar Matahari
  5. Penjaga Hati
  6. Hampa
  7. Patah Hati
  8. Sehidup Semati
  9. Rahasia Perempuan

Apa ada dalam Lagu Aku dan Dirimu?
Lagu cinta romantis ini ciptaan Dian ‘Nebula’ dan lirik ditulis oleh Ari sendiri. Lagu ‘single’ pertama untuk album ini telah pun popular di stesen radio di malaysia. Susunan muzik diusahakan oleh Pay dan permainan ‘string’ oleh Andi Rianto begitu mantap dan kedengaran sempurna. Dengan kerjasama ini, menjadikan lagu ‘Aku dan Dirimu’ duet bersama Bunga Citra Lestari, begitu harmoni dan mantap.

Bagaimana boleh berkolaborasi dengan Bunga?
Pada awal tahun 2007, Ari dan Bunga pernah berkolaborasi dalam satu pentas dan segalanya datang dengan idea santai di dalam studio rakaman. Secara kebetulan mereka bertemu ketika sesi rakaman album masing-masing. Ari Lasso menyukai suara dan vokal Bunga yang cukup lembut, berkarektor dan mempunyai penghayatan terbaik. Apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Bunga, maka tanpa berfikir panjang, mempelawa Ari merakam lagu bersamanya. Setelah lima bulan diusahakan, akhirnya terhasillah ‘single’ Aku dan Dirimu’ ini.

Petang itu juga, para media dan hadirin dihiburkan dengan 3 buah lagu dari Ari Lasso.

Budiey kira lagu duet ini akan berjaya dan hits di Malaysia. Irama yang senang didengari, dan senang di telinga, menjadikan lagu ini akan diterima ramai peminat.

Peminat boleh mendapatkan Album Ari Lasso ‘The Best Of’ yang sudah berada di pasaran semenjak 30 April 2008. Ianya telah dihasilkan di Malaysia oleh Tropic Jaya Entertainment Sdn Bhd dan diedarkan secara ekslusif oleh PMP Entertainment Sdn Bhd.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama bersiri Sari Maya Lakonan Fauzi Nawawi, Zizie Ezette, Liyana Jasmay

Sekitar Majlis Pelancaran Radio Pelancongan TraxxFM