in

Sekitar NESCAFÉ® KICK-START 4 Finale TV3 @ Green Cow Studio

Pada 20 April 2008 (Ahad) yang lalu, Budiey dijemput untuk menghadiri NESCAFÉ® Kick-Start™ Finale di Green Cow Studio, Bandar Sri Damansara. Program realiti TV berbentuk kerjaya ini bersiaran langsung di TV3 jam 11 pagi dihadiri oleh famili dan penyokong peserta serta para media. Hos Cheryl Samad telah berjaya menjalankan tugas dengan baik dan memastikan kelancaran program selama 6 minggu.

Budiey ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Loloque kerana telah memenangi wang tunai RM150,000 hasil kemenangannya! Soalan wajib yang disoal, nak buat apa dengan duit sebanyak itu?

NESCAFÉ® KICK-START™ AKHIR
Setelah pencarian secara meluas dan penyingkiran yang sengit NESCAFÉ® Kick-Start™ musim ke- 4 akhirnya tiba ke kemuncak siarannya! Debaran bagi 4 finalis telah berakhir dan tahniah buat Loloque atau nama sebenarnya Noor Hazmy Bin Mohammad Noor yang berasal dari Negeri Sembilan yang juga seorang pelajar akhir Mechanical Engineering di MMU.

Loloque akan membuka pusat paintballnya sendiri di kawasan tertutup di sekitar Shah Alam dan Subang Jaya kerana di situ ramai pelajar dan pemain paintballer. Idea untuk mencebur diri dalam bidang perniagaan sukan rekreasi ini tercetus 2 tahun lalu selepas bermain dan selalu menonton kejohanan di tempat tertutup.

Pada juri, Loloque mempunyai sifat ingin tahu, fokus, pendengar yang baik, tekun dan gigih sehingga dikatakan sering membawa buku nota ke mana sahaja dia pergi.

RM15 ribu? Adakah cukup untuk membuka pusat paintballer? Kata Loloque, duit sebanyak itu hanya cukup untuk peringkat permulaan iaitu membeli peralatan, lokasi, promosi, rolling money. Namun, Loluque akui ianya masih tidak cukup untuk memperbesarkan perniagaannya.

SAAT IMPIAN JADI REALITI!
Seramai 53, 000 peserta telah mencuba nasib di ujibakat NESCAFÉ® Kick-Start™ namun hanya tujuh yang telah terpilih untuk berentap bagi mengisi tempat di pusingan akhir. 4 finalis telah dipilih iaitu Laloque (25) yang mengimpikan sebuah pusat rekreasi paintball tertutup, Razaisyam (23) bercita-cita menjadi pengarah filem, Mahirah (23) mengimpikan akademi renang dan Shirley (25) yang begitu obses dengan kek dan kuih tart ingin membuka bakeri.

Peserta peringkat akhir ini dinilai oleh barisan juri professional iaitu Irfan Khairi, seorang pelatih dan pengajar peniagaan internet, Azah Yazmin Yusof, bekas personaliti televisyen yang juga seorang usahawan, dan Peter Ong, penyanyi klasikal merangkap pengarah di The Dance Space. Tidak ketinggalan, juri khas kami iaitu Encik Chin Weng Keong Pengarah Urusan dari Arachnid Group of Companies. Para juri ini telah mengikuti perkembangan peserta-peserta ini dari awal pembabitan mereka dengan memberi nasihat, tunjuk ajar serta bertanggungjawab memilih 4 finalis ini.

Para juri di studio akan memberikan markah sebanyak 50% berdasarkan ketekunan dan semangat yang ditonjolkan, kecekapan dan mutu persembahan ketika melaksanakan tugasan yang diberikan dan sifat-sifat dalaman peserta itu yang dapat memberi inspirasi kepada para remaja. Manakala 50% markah lagi akan diberikan oleh penonton melalui undian SMS.

Di musim-musim yang lalu, kita dapat menyaksikan NESCAFÉ® Kick-Start™ telah melahirkan juara yang berjaya di dalam karier pilihan mereka. NESCAFÉ® Kick-Start™ merealisasikan impian perancang tempat letak kereta (musim 1), penghasilan kaedah kitar semula yang efektif (musim 2) dan juga impian seorang gadis untuk memiliki studio tarian sendiri (musim 3). NESCAFÉ ® Kick-Start™ membuktikan kepada remaja di seluruh Malaysia tiada yang mustahil untuk dicapai jika ada keinginan dan minat yang teguh di dalam sanubari.

Berbekalkan minat yang mendalam, dedikasi dan pengetahuan meluas yang tersemai dalam diri finalis, siapakah yang akan menjadi pilihan para juri dan penonton? Segalanya bakal terjawab di episod kemuncak hari ini!

[tags]nescafe kick start, cheryl samad, karier, back, cedko cartoon, anime sex, kicking ass, storm, bedroom, bontot, bottom, children, destroy, tips, gadget, computer, camera, digital, ears, educational, kids, kitchen, lucah, damansara, plu, jomstar.com, program blog, tv1, melayu, mencarut, mouth, my sister, iklan nescafe, nose, lombong, pantat, myscific, lelong.com, playground, poster, punggung, shoulder, spine, teeth[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Biodata Intan Ladyana – Actress, TV Host, Talent, Model

Gambar Erra Fazira & Engku Emran @ APM 2008