in , ,

Sekitar Malam Amal Premiere Filem Dilarang Masuk di GSV Pavilion Kuala Lumpur

Filem ini menampilkan cara baru dalam teknik sinematografinya kerana proses pengambarannya menggunakan kamera Canon EOS 5D Mark II sepenuhnya.

Semalam, jam 8 malam, telah berlangsung Charity Premiere Filem DILARANG MASUK di GSC Pavillion Kuala Lumpur. Filem terbitan Cineworks ini diarahkan oleh Jeffrey Chiang dan dilakonkan oleh Shiqin Kamal, Azma Aizal Yusoof, Isma Hanum Husien, Muniff Isa Badrul dan aktor Esma Daniel. Peminat filem Melayu boleh menontonnya di pawagam mulai 7 April 2011.

Kalau korang nak tahu, Canon Digital Single Lens Reflex atau DSLR ni adalah sebuah kamera yang mampu buat video berdefinisi tinggi HD. Teknik ini dilihat sebagai satu langkah untuk mempelbagaikan corak penerbitan filem di Malaysia yang sedikit sebanyak boleh menandingi proses penghasilan filem antarabangsa.

DILARANG MASUK diedarkan oleh Metrowealth dan akan dipromosikan di seluruh Malaysia dalam masa terdekat ini. Pengambaran pula berlangsung pertengahan April 2010 di Bukit Larut, Taiping Perak mengambil masa selama 16 hari.

Ini dia beberapa gambar yang sempat Budiey ambil.

Budiey: Nak tahu artis kesayangan anda berada pada hari ini? Jom langgan SMS dari Paparazi. Taip: ON PAPA dan hantarkan ke 23288.

Azma Aizal

Azma Aizal Yusoof sebagai Ronnie

Premiere Di Larang Masuk

Muniff Isa sebagai Bad

Shikin Kamal

Shiqin Kamal sebagai Fatia

Isma Hanum Hussien

Isma Hanum sebagai Juli

Jeffrey Chiang

Pengarah Dilarang Masuk Jeffrey Chiang

Premiere Di Larang Masuk

Turut hadir, Ainul Aishah bersama boyfriendnya. Dah 9 bulan bercinta. Selamat berbahagia, Ain.

Premiere Di Larang Masuk

Pelakon baru yang bakal meletop, Ariel Zaefril

Premiere Di Larang Masuk

Ariel Zaefril bersama pengarah muda Nizam Zakaria

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Anu Dalam Botol Kutip RM1juta Selepas 5 Hari Tayangan

Bio Raw Obsessed