in

Sekitar Majlis Rumah Terbuka 1Raya CELCOM dan Axiata

Selepas ambil gambar di Majlis Pelancaran Album Single In Heart, Budiey bergegas pula ke Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Celcom dan Axiata yang diadakan di Tingkat 3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Budiey percaya banyak syarikat korporat mengadakan rumah terbuka pada hari bekerja. Senang sikit, lepas waktu pejabat boleh terus boleh pergi makan-makan.

Uniknya, majlis ni diberi nama IN CELEBRATION OF 1RAYA – MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI.

Majlis diacarakan oleh Yasmin Hani dan juga penyampai radio Fly FM, DJ Prem.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan selebriti terkenal seperti Ikon Prabayar Blue iaitu Maya Karin, pelantun lagu Bertamu di Kalbu – Jaclyn Victor, Azura, bands HERO, O-Two, penyanyi Rubisa dan Angelika.

HERO

Rubisa mendendangkan beberapa buah lagu termasuk single terbarunya.

Inilah masanya untuk semua pelanggan setia berkumpul beraya bersama-sama dengan korporat partner, media dan juga agensi kerajaan.

Budiey dapat tahu yang majlis rumah terbuka dianjurkan juga oleh Tan Sri Dato’ Azman Hj Mokhtar, Pengerusi Kumpulan Axiata Berhad, Dato’ Sri Jamaludin Ibrahim, Presiden dan CEO Kumpulan Axiata Berhad dan Pengerusi Celcom (Malaysia) Berhad, juga dihadiri oleh Dato’ Seri Shazalli Ramly, Chief Executive Officer Celcom (Malaysia) Berhad.

Budiey perhatikan boleh dikatakan semua kumpulan pengurusan dari kedua syarikat iaitu Celcom dan Axiata hadir memeriahkan suasana.

Antara tetamu VIP yang hadir ialah Yang Berhormat Dato’ Joseph Salang Gandum, Timbalan Menteri di Kementerian Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan dan YBhg. Datuk Idris Abdullah, Commissioner Member of the Malaysian Communicatioon and Multimedia Commision.

Pergh~ suasana majlis dihiasi dengan dekorasi indah… warna-warna rasmi syarikat iaitu biru dan putih menjadi warna utama yang menceriakan majlis. 

Majlis berakhir pada jam 9 malam. Perutku penuh dengan satay~ Best~!

Ternyata tetamu juga nampak enjoy dengan 1Malaysia Buffet yang disajikan seperti kuih muih tradisi Hari Raya iaitu Ketupat, lemang, rendang, satay kuah kacang dan juga hidangan fusion yang Budiey kira semuanya lazat-lazat belaka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazli Zainal Tunggu Album Baru KALBU Siap

Quotes of The Day: Scha dan Fahrin Putus Cinta