in

Sekitar Majlis Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance 2012

Pada jam 3 petang semalam, Budiey sempat singgah di Majlis Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance 2012 yang diadakan di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama. Memang meriahlah sebab bertemakan hari raya. Kebetulan buat pun di bulan Syawal, jadi acara petang semalam seperti rumah terbuka Grand Brilliance dengan diserikan dengan kehadiran ramai selebriti dan turut meraikan anak – anak yatim dari Rumah Penyayang Raudhah.

Antara selebriti yang hadir Lisa Surihani, Tomok, Wan Sharmila, Elly Suriati, Diana Danielle, Zul Ariffin, Miera Leyana dan ramai lagi.

Gossip

Maka, dengan Grand Brilliance rasminya melancarkan filem-filem bagi tahun 2012 yang terdiri daripada filem Ngorat, Istanbul Aku Datang, Bisikan Syaitan dan Sembunyi. Tahniah buat Grand Brilliance.

Majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk melancarkan filem – filem 2012 Grand Brilliance, bahkan turut menjadikan majlis ini sebagai satu tanda penghargaan kepada mereka yang telah banyak membantu dalam menghasilkan filem – filem yang cukup hebat dan menarik. Turut diselitkan sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan.

Selain filem Ngorat yang dibintangi Iedil Putra, Erra Fazira & Aaron Aziz yang bakal ditayangkan pada 4 Oktober 2012, sekali lagi Grand Brilliance dengan kerjasama Red Films telah menghasilkan sebuah filem bertajuk “Istanbul Aku Datang” yang pasti mencuit hati dan memberi nafas baru di dalam genre romantik komedi. Filem Istanbul Aku Datang ini akan membuka tirai di panggung pada 8 November 2012.

Grand Brilliance juga akan mengeluarkan sebuah filem bergenre seram berjudul “Bisikan Syaitan” yang merupakan filem arahan pengarah baru, Faizul Rashid pada 25 Oktober 2012.

Filem ini yang dibintangi Fizz Fairuz, Nabila Huda dan Wan Sharmila berkisar tentang perjanjian terlarang yang dibuat oleh sepasang suami isteri demi mengejar kekayaan duniawi.

Dari pengarah yang cukup tersohor, Kabir Bhatia, terhasillah sebuah filem fantasi seram bertajuk Sembunyi yang bakal menggegarkan pawagam pada 22 November 2012. Sembunyi diterajui pelakon kacak Remy Ishak, Diana Danielle, Umie Aida, Sharnaaz Ahmad dan ramai lagi.

Di majlis ini juga, Grand Brilliance turut mempersembahkan filem – filem bagi tahun 2013 yang terdiri daripada filem KL Zombie, Pecah, Rock Oo, Penanggal, KL Gangster 2, Pencinta, Pengapit dan Lebuhraya Ke Neraka.

Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin

“Kami yakin penonton akan terhibur dengan sajian filem kami sehingga penghujung tahun 2012 ini selaras dengan misi kami untuk menjadi penanda aras baru dan menyuntik kesegaran dalam industri filem tanahair dengan sajian filem – filem kami pada tahun 2013 nanti, Insya Allah”, kata Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin.

Dalam pada itu, Tengku Iesta berkata, pihaknya akan mempelbagaikan lagi filem-filem buatan tempatan termasuk projek kerjasama dengan produksi lain.

“Industri perfileman tempatan sudah semakin maju dengan pelbagai genre berbeza dihasilkan kepada penonton. Ia menyemarakkan lagi semangat kami untuk bersama-sama memajukan industri perfileman negara,” katanya.

Filem lain yang terdapat dalam senarai syarikat itu untuk tayangan pada tahun hadapan ialah Kl Zombie, Pecah, Rock Oo, Penanggal, KL Gangster 2, Pencinta, Pengapit dan Lebuhraya Ke Neraka.

Bukan sahaja tetamu disajikan dengan ‘promo’ filem-filem Grand Brilliance tetapi juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari penyanyi terkenal, Tomok, Aiman dan persembahan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak yatim dari Rumah Penyayang Raudhah, Gombak.

Turut hadir sama di majlis pelancaran ini ialah rakan – rakan kongsi, produser-produser dan rakan – rakan artis antaranya ialah Lisa Surihani, Tomok, Fizz Fairuz dan ramai lagi.


Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Beto

Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Miera Leyana

Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Aiman

Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Esma Daniel

Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Hafiz Hamidun

Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Tomok di Sesi Cabutan Bertuah

Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Yeay dapat duit raya

Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Shaheizy Sam

Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Tomok

Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Lisa Surihani

Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Diana Danielle

Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Wan Sharmila

Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Pelancaran Filem Terbaru Grand Brilliance

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Milla Jovovich di Malam Gala RESIDENT EVIL RETRIBUTION di Tokyo

Drama Seksi Mad Men Musim Kedua di Sundance Channel