in

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Majalah EH! dan Hotel Nikko

Semalam, Budiey telah dijemput untuk menghadiri satu majlis berbuka puasa anjuran Majalah EH! dan Hotel Nikko bersama kanak-kanak istimewa.

Boleh tahan jugak la grandnya. Tahniah kepada warga EH! dan Blu Inc kerana telah berjaya menganjurkan majlis semeriah ini. Seramai 200 orang kanak-kanak istimewa daripada Rumah Nur Salam, Rumah Nur Hikmah dan juga para pelajar Sekolah Kebangsaan Alam Damai telah diraikan dalam suasana yang penuh keriangan. Yelah, masa ni lah diorang akan merasa dapat duit raya dan hadiah sebelum waktu yang sepatutnya.

Dewan besar Grand Ballroom Hotel Nikko juga turut diceriakan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat iaitu Datuk Faizah Mohd Tahir.

Selebriti juga ramai yang datang. Yang datang pula berpasangan pulak tu. Yelah, diorang kan dicop pasangan bercinta. Mestilah datang berdua. Nanti, kalau datang asing-asing nanti haruslah kena gossip mereka ni telah berkelahi dan berpisah. Antaranya Intan Ladyana bersama Kevin Zahri, Scha dan Fahrin Ahmad (ehem ehem, masuk ni dah dua kali Budiey lihat mereka bergandingan. Tahniahla Fahrin, Scha pun cantik what!), Nita Malaysian Idol dan Zahid. Selain itu, majlis diserikan dengan kedatangan artis seperti Bob AF, Noryn Aziz, Siti Sarah, Jaclyn Victor, Nine Umbrella dan Mila.

Juga budak-budak AF pun ramai datang. Oh lama betul tak jumpa dengan diorang. Yelah, Budiey ni mana dijemput untuk hadir ke majlis atau acara atau sidang media anjuran Astro kan? Orang cakap, Budiey dah kena GAM dan kena senarai hitam oleh PR Astro? Aiyo kesian betul kat I kan? Tak pelah.. nak buat camna.

Jadi, inilah masanya Budiey ambil gambar selebriti Astro sepuas-puasnya. Antara yang datang ialah Riz, Toi Nadia, Lutfya, Mila dan beberapa lagilah. Gambar tak boleh letak kat sini, nanti orang Astro marah kat Budiey. Kui kui kui… siapala I kan?

Pelbagai jenis permainan diadakan untuk meraikan kanak-kanak ini seperti nyanyian lagu raya, joget lagu raya dan juga sesi soal jawab bersama hos pada malam itu iaitu Ybhg Dato’ Mahadzir Lokman. Wah, mesti mahal Hotel Nikko bayar pengacara sehebat abang Mahadzir kan. Mmm, kira ok lah tu. Tengoklah standard dia camna kan?

Seramai 20 orang pelajar daripada Eagle Scout Group SMK St John telah menghiburkan penonton dengan pertunjukan istimewa Tepuk-tepuk.

Majlis telah diakhiri dengan pemberian hadiah istimewa sumbangan Blu Inc Media Sdn Bhd, Dutch Lady dan juga Hotel Nikko Kuala Lumpur.

Bergambar bersama pelakon drama Fizow dan wartawan glamer, Miss Ayu dari GUA.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kad Raya Dari Hana Suri Media Fotografer Terlampau

Hans Isac Bercinta Dengan Gadis Biasa?