in

Sekitar Majlis Berbuka Puasa DJ Lin Bersama Peminat

MAJLIS BERBUKA PUASA DJ LIN BERSAMA PEMINAT SURIA CINTA & ANAK YATIM

DJ LIN yang popular dengan program Suria Cinta di Suria FM menerusi kelab peminat ‘FAN DJ LIN CINTAMANIA’ telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama peminat dan adik-adik daripada rumah An-Najjah Malaysia pada Sabtu (20hb ogos) baru-baru ini bertempat di Sarawabina Café, Taman Tasik Titiwangsa.

Majlis telah dihadiri lebih 100 tetamu termasuk 50 orang peminat beliau yang datang dari serata Malaysia termasuk dari Johor, Perak, Kedah dan Melaka serta turut diserikan dengan kehadiran 20 anak anak yatim dan miskin dari rumah An-Najjah Malaysia selain tetamu khas dan wakil media. Wah meriah betul. Peminat DJ Lin pun Budiey tengok semakin ramai. Fan Page di facebook DJ Lin Suria Cinta juga mencatatkan lebih 52 ribu peminat sejak dibuka hujung tahun lalu.

DJ Lin Suria Cinta

Di dalam majlis itu, DJ Lin turut menyampaikan cenderahati berbentuk barangan antaranya sejadah, sandal, minuman, kad raya, selain duit raya istimewa kepada anak anak yatim tersebut dan majlis diceriakan lagi dengan persembahan istimewa daripada wakil anak anak yatim berkenaan berupa 2 buah lagu nasyid dengan diringi paluan kompang.

Menurut DJ Lin, ini adalah kali pertama majlis seumpama ini diadakan dan beliau berasa amat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh peminatnya yang juga merupakan pendengar setia rancangan Suria Cinta yang dikendalikannya setiap malam di Suria FM. Majlis ini juga takkan berjaya tanpa bantuan dan sokongan padu daripada Ajk Kelab peminatnya ‘FAN DJ LIN CINTAMANIA yang’ terdiri seramai 8 orang yang bertungkus lumus bagi memastikan majlis yang dianjurkan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Pelbagai aktiviti telah diatur dalam mengeratkan lagi hubungan beliau dengan peminatnya antaranya, beliau menerusi kelab peminatnya akan mengadakan ‘Konvoi Raya DJ Lin bersama fan’. peminat berpeluang bersama sama dengan DJ Lin berkunjung ke rumah peminatnya yang menghantarkan penyertaan mengundang kedatangan DJ Lin ke rumah mereka menerusi fan page beliau di facebook iaitu di ‘DJ LIN SURIA CINTA SURIA FM’. Konvoi ke selatan dan utara tanahair itu dijangka diadakan pada hujung minggu dalam bulan raya ini.

Selain itu, program ‘Bercuti bersama DJ Lin & peminat juga bakal diadakan sekitar oktober nanti.

DJ Lin akan bertugas di malam raya dan juga raya pertama. Hanya akan bercuti raya selama sehari sahaja iaitu pada hari raya kedua. Pada tahun ini, anak ketujuh daripada 10 orang adik beradik ini akan menyambut raya bersama keluarga di Larkin Jaya, Johor Bahru.

Jangan lupa dengarkan DJ Lin mengendalikan rancangan Suria Cinta setiap Ahad hingga Jumaat di Suria FM bermula 11 mlm hingga 2 pagi.

Kredit Photo: TebuPhotography – DJ Lin’s Official Photographer

DJ Lin Suria Cinta

DJ Lin Suria Cinta

DJ Lin Suria Cinta

DJ Lin Suria Cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bonet Kereta Saiful Apek Diisi Dengan Mayat?

Prepaid & Postpaid Subscribers to Enjoy Discounts U Mobile