in ,

Sekitar Konsert Suara Kita Himpunan Sejuta Belia

Tanggal 28 Mei yang lalu, bersempena Himpunan Sejuta Belia, Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Konsert Suara Kita bertempat di pentas Segmen Modal Insan berhadapan dengan Menara Kementerian Kewangan di Presint 2, Putrajaya.

Konsert tersebut berlangsung pada 9 hingga 11 malam. Antara artis-artis yang menjayakan malam konsert tersebut adalah UNIC, Saujana, Yasin, Heliza Helmi, dan kumpulan Rabbani sendiri.

Turut diserikan lagi, kemunculan Al-Mawlid yang dianggotai bekas anggota tiga kumpulan penyanyi urban terkenal suatu ketika itu iaitu Ruffedge, VE dan Innuendo. Setiap artis menyanyikan lagu-lagu yang memberi mesej perpaduan, kesedaran, keinsafan dan kasih sayang. Sambutan amat menggalakkan apabila Yasin memulakan konsert dengan pelbagai lagu-lagu yang berjaya mencuri hati peminat seperti Berkobar-kobar dan lagu tema filem yang hangat ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Nur Kasih.

Konsert dimeriahkan lagi dengan kehadiran pengunjung-pengunjung yang berkunjung di booth sekitar kawasan pentas. Selain itu, kemeriahan konsert diserikan lagi dengan segmen cabutan bertuah dan kuiz yang disampaikan oleh para artis manakala hadiah disediakan oleh pihak KBS sendiri. Para peminat tidak kering gusi mendegar celoteh daripada hos pada malam itu iaitu Suffian Amrin dan Saiful yang merupakan penyampai radio terkemuka, IKIM.fm.

Antara lagu-lagu yang didendangkan oleh para artis Konsert Suara Kita ialah Seluruh Mahabbah, Ya Rabba Makkah, Belaian Jiwa 1432 dan Cahaya Seluruh Alam (Al-Mawleed), Tanpa Agama, Intifada dan Insan (Rabbani), Kalau Berpacaran, Kau Selamanya dan Standing in the eyes of the World (Heliza), Suci Sekeping Hati dan Patah Hati (Saujana) dan Binnabil Huda, Menuju Wawasan dan Hanya Tuhan yang Tahu (UNIC).

Konsert diakhiri dengan lagu 1 Malaysia secara beramai-ramai oleh semua artis.

Yasin bersama perkusi jemputa, Achik

Yasin menyampaikan lagu Berkobar-kobar, Nari Nari (Arab) dan Nur Kasih

Antara tetamu-tetamu yang hadir

Saujana menyampaikan 3 buah lagu

Heliza Helmi menyampaikan 3 buah lagu

UNIC menyampaikan 3 buah lagu

Al Mawlid menyampaikan 3 buah lagu beserta Qasidah

Suffian Amrin dan Saiful dari IKIM.fm bertanyakan soalan kepada penonton

Rabbani menyampaikan 3 buah lagu

Semua artis yang terlibat menyanyikan lagu Satu Malaysia sebelum berakhirnya konsert

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Peacemaker LA Gang Wars

Win Samsung GALAXY Tab with Top Up Just RM30