in

Sekitar Ekspresi Remaja TV9 di UKM Bangi

Kegembiraan terpancar di setiap wajah pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini apabila TV9 anjurkan Ekspresi Remaja dengan membawakan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie bin Sheikh Mustapha dan juga beberapa selebriti terkenal tanahair seperti kumpulan Hujan, Najwa Latif, Iqa Mentor, Chomell Fana, kumpulan Forteen, Deq Wan, E-One dan Azura (pengacara Remaja) serta Nurhafidz (pengacara Chopp!!).

Ekspresi Remaja TV9 ini dijalankan seawal jam 9.00 pagi dengan pertandingan futsal diikuti dengan beberapa aktiviti digerai seperti Safiyya, Remaja, Tonton dan Gua.com, Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pilihanraya dan Boonga. Selain daripada itu, ada juga pelajar-pelajar UKM yang telah menunjukkan kemahiran mereka dari segi penjualan menerusi jualan bazaar seperti pakaian, hiasan kreatif tangan, makanan ringan dan banyak lagi.

Ekspresi Remaja TV9 ini mendapat sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan dianjurkan khas buat pelajar-pelajar universiti terpilih. Menerusi acara sebegini, kita memberi peluang kepada para remaja untuk mengekspresikan diri mereka secara kreatif, menjana idea-idea yang lebih imaginatif dan inovatif serta meningkatkan keyakinan diri baik dari segi muzik, sukan, pendidikan mahupun hiburan.

Bagi yang ingin mendengar ceramah motivasi, pihak universiti telah membawa konsultan dan speaker berpengalaman Nurfarini Daing dan Faisal Hasan mengupas topik “Youth Defined:Shape our Future” dan Second Language Program yang dibawakan oleh MyHarapan. Sesi ini turut menampilkan Iqram Dinzly.

Selepas itu, para pelajar berpeluang melihat secara dekat angkawasan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar. Kelihatan keseronokan palajar yang hadir mendengar penjelasan dan pengalaman beliau menjelajah angkasa selama 12 hari.

Selain daripada itu, pertandingan ‘Battle of The Band’ yang berlangsung dari jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang di perkarangan Panggung Seni UKM telah menyaksikan 8 kumpulan bertarung dan dijuarai oleh kumpulan yang diberi nama ‘OGS’. Kumpulan ‘OGS yang angggotai oleh 4 pelajar itu berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500.

Kump Forteen (2)

Akhir sekali, penutup Ekspresi Remaja TV9 ini adalah GIG Bersama Hujan dan Najwa di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Untuk memasuki mini konsert ini, bayaran sebanyak RM5 akan dikenakan dan hasil daripada kutipan tersebut akan disalurkan semula kepada pihak UKM bagi mengisi tabung universiti.

Ini merupakan Ekspresi Remaja TV9 yang kedua di mana, sebelum ini iaitu pada bulan April, kami telahpun menerokai Management and Science University, Shah Alam (MSU) dan bagi lokasi ketiga pula, TV9 telah mendapat kerjasama daripada Universiti Putra Malaysia dan akan mengadakan Ekspresi Remaja TV9 ini pada bulan November ini.

Ikuti maklumat terkini bagi kembara Ekspresi Remaja TV9 yang seterunya di Universiti Putra Malaysia, November ini yang direalisasikan bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan ditaja oleh SG Men.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.tv9.com.my/remaja.

Chomell Fana (1)

Chomell Fana

Aktiviti di ER UMK (1)

Noh Hujan

Noh Hujan

Noh Hujan (5)

Futsal

Futsal

MyHarapan

Aktiviti di ER UMK (3)

Aktiviti di ER UMK (2)

Datuk Dr Sheikh Muszapaher (2)

Datuk Dr Sheikh Muszaphar (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Finalis Vokal Bukan Sekadar Rupa Minggu Kedua

Aznil Nawawi Kekal Jadi Hos Clever Musim Kedua