in

Telemovie SEKALI KULAFAZKAN CINTA Lakonan Arja Lee

Dalam menjalani bahtera hidup berumahtangga, setiap pasangan ada dugaan masing-masing. Ada yang sanggup susah dan senang bersama dan ada juga mula tinggalkan pasangan masing-masing untuk cari kebahagiaan sendiri. Bermacam kisah yang di kongsikan setiap hari sama ada dalam menerusi laman sosial mahu pun di media cetak.

Hakikatnya masing-masing bersusah payah untuk menjadikan rumahtangga mereka senang. Tapi bila dah berjaya dan semua yang diimpikan menjadi kenyataan, ada juga yang berpaling tadah mencari kebahagiaan lain.

SEKALI_Page1_ 2

Dugaan Berumahtangga Dalam Telemovie Sekali Kulafazkan Cinta, Slot Citra Di TV2

Berkisar kepada kesetiaan dan pengorbanan cinta dalam rumah tangga, slot Citra di TV2 membawakan telemovie bertajuk “Sekali Kulafazkan Cinta” pada 14 Februari ini, pukul 10.00 malam.

Telemovie arahan Haris Kadir ini mengisahkan Hakimi berkahwin dengan Nurlisa setelah bersetuju dengan desakan ibu bapa masing-masing yang risau mengenai jodoh anak mereka setelah usia semakin meningkat. Mereka bercinta selepas berkahwin dan bahagia dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aqil.

Satu hari berlaku kejadian yang tidak terduga bila Nurlisa jatuh akibat diragut ketika bertemu Alia dan beliau koma untuk tempoh yang panjang. Hakimi berkorban menjaga Nurlisa di hospital dan mengambil cuti tanpa gaji.

Alia merasa bersalah dan sering melawat Nurlisa serta menjaga Aqil. Hakimi menolak cadangan ibu serta mertuanya untuk menjodohkannya dengan Alia.

Setelah 6 bulan, Nurlisa sedar daripada koma dan diberitahu tentang pengorbanan dan kesetiaan suaminya. Beliau meminta Hakimi mengahwini Alia sebelum beliau meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan.

Hakimi tetap setia dengan cintanya sehingga ke tua namun mengahwinkan anaknya Aqil dengan anak Alia sebagai ganti permintaan arwah isterinya Nurlisa.

Telemovie ini dibintangi oleh Arja Lee, Sari Yanti, Leeza Zain, Lia Natalia dan Mak Wan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

IMG_1628

IMG_1607

IMG_1596

IMG_1590

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Welcomes The Year Of The Rooster

Sinopsis Drama Bersiri DENDAM SEMALAM Lakonan Fadlan Hazim