in

Sejuta Impian Musim Kedua Tawar Insentif RM1Juta

PENCARIAN IMPIAN RAKYAT MALAYSIA BERMULA!
Sejuta Impian Musim Kedua Tawar Insentif RM1,000,000

Pernahkah anda mengimpikan perubahan dalam kehidupan anda tetapi tidak mempunyai wang dan peluang untuk merealisasikannya? Idea untuk membangunkan masyarakat sekeliling, misi untuk memberi manfaat kepada komuniti anda, usaha untuk melindungi alam sekitar mahupun impian untuk mengubah kehidupan anda, semuanya mungkin bakal tercapai menerusi program realiti SEJUTA IMPIAN musim terbaru!

Pengacara Sejuta Impian Musim Pertama

Hasil cetusan idea oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Abdul Razak, musim pertama SEJUTA IMPIAN telah menerima lebih daripada 1000 penyertaan rakyat Malaysia yang mempertaruhkan impian mereka, dimana lebih 60 impian murni telah berjaya menambat perhatian juri. Kali ini, Dana Belia 1Malaysia sekali lagi memperuntukkan dana sebanyak RM1juta untuk merealisasikan impian anda, rakyat Malaysia.

Mereka yang mempunyai hasrat dan impian yang terpendam, boleh mendaftar penyertaan secara online dengan melayari www.tv3.com.my/sejutaimpian dari 18 Mei hingga 24 Jun atau hadir ke sesi ujibakat yang akan berlangsung pada 23 dan 24 Jun di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Bagi penyertaan secara online, mereka yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak produksi pada 25 Jun. Untuk mengetahui secara lanjut mengenai SEJUTA IMPIAN, anda boleh menghantarkan emel anda ke [email protected].

Ujibakat adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan mestilah berumur tidak melebihi 40 tahun. Bagi mereka yang masih di bawah umur 18 tahun harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga ketika menghadiri sesi ujibakat.

Anderson Selvesegaram yang mewakili Badan Bukan Kerajaan (NGO), Suara Kanak-Kanak (SUKA) telah memperoleh peruntukkan bernilai RM50,000. Misi mereka adalah untuk memberi latihan sewajarnya kepada warden yang bertanggungjawab mengawasi pesalah juvana di penjara atau pusat. Manakala, Mazuin Mohd Ismail yang mewakili Persatuan Kids Malaysia pula telah menerima RM23,500 bagi merealisasikan impian murninya membuka sebuah sekolah dan klinik bergerak untuk kanak-kanak kurang bernasib baik di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Jadi, jika anda mempunyai hasrat dan impian murni seperti mereka dan ramai lagi yang berjaya mengharungi cabaran SEJUTA IMPIAN musim pertama, gerakkan langkah anda sekarang dengan idea kreatif yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat dan negara!

Antara Peserta Sejuta Impian Musim Pertama

Antara Peserta Sejuta Impian Musim Pertama (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Janji Jujur Sepi Lakonan Beto Kusyairy & Neelofa

Drama Cinta Irama Klasik