in ,

SEJOLI Merungkai Modus Operandi Untuk Caras Cinta

Tidak banyak filem Malaysia yang merungkai satu jalan cerita dari sisi berbeza, iaitu merungkai satu modus operandi macamana untuk mencaras cinta bekas kekasih sehingga gagal bernikah. Itulah pendapat pelakon Bront Palarae yang memegang watak Joe dalam filem Sejoli arahan Osman Ali.

Menyentuh tentang persiapan membawa watak Joe, Bront Palarae begitu teliti dalam memahami watak Joe, seorang kekasih kepada perempuan yang dibawa watak oleh Izara Aishah yang ditinggalkan lalu mahu merancang untuk merampas semula cinta setelah bertemu dengan wanita yang menerima nasib yang sama bernama Gina (Maya Karin). Ironinya, walaupun pernah digandingkan beberapa kali dengan Maya Karin, inilah kali pertama Bront dan Maya berkasih dan bercinta dalam filem.

Sape nak teman #budiey tgk filem SEJOLI esok? #sejoli #Budieyators

[pullquote]Menurut Maya Karin pula, sekali pun dah pernah berlakon bersama tapi dalam filem Sejoli, ada sikit rasa lain macam sebab ada bagi beliau, ada sisi dan magis tersendiri. Kadang-kadang, mereka saling puji memuji antara satu sama lain. Bagi Maya, Bront Palarae adalah seorang pelakon berbakat besar.[/pullquote]

Walaupun pada mulanya, Maya sangat ragu-ragu apabila diberi tugasan untuk jadi kekasih Bront, namun dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh Bront, segala rasa sangsi dan ragu-ragu itu lenyap. Maklumlah, Maya dan Bront dah lama berkawan, sah-sahlah ada rasa canggung dan kekok sikit. Dalam filem Sejoli, ada babak romantis di mana mereka bertentang mata, dan beberapa scenes yang agak intim. Tapi nasib baik diorang ni profesional.

Sebelum ini, Bront Palarae dan Maya Karin digandingkan dalam filem seperti Anak Halal, Jwanita dan Ombak Rindu. Bront anggap filem SEJOLI adalah satu ‘jodoh’ di mana dia dan Maya Karin dapat merasai seketika cinta dalam filem. Sebagai seorang pelakon berkarakter, Bront juga merasa selesa dan tidak punya banyak masalah apabila digandingkan dengan Maya Karin kerana baginya, apa yang sukar ialah bagaimana untuk memberikan yang terbaik dalam setiap babak. Semua ini adalah untuk kepuasan penonton.

Bagi Bront, Maya banyak membantu. Pendek kata, kedua-dua pelakon ni saling melengkapi dalam memberikan idea dan mencipta satu keserasian semasa menjayakan babak filem Sejoli. Keserasian itu sangat penting sebab kalau tak serasi, penonton juga akan rasa kekok untuk menonton.

Selepas hari pertama tayangan iaitu pada 20 Mac lalu, Budiey lihat kepada respon dan komen penonton di laman sosial, rata-rata memberi komen yang positif dan cukup memberangsangkan.

Antara komen yang Budiey baca:

“Done with #Sejoli. Cute and light movie. Nice to release your strees. Just sit back and enjoy the show.” – Norzahira Ramli

“Ingatkan aku sorang layan sensorang lovecomedy #sejoli. Rupanya ada lagi makhluk mcm aku. Kah! Bront Palarae gentle, maya karin kiut.” – @skinnycharming

“Done watching #Sejoli storyline yang sgt sgt sgt sweet, kelakar. @Bront_Palarae @maya_karin pasaipa sweet sgt!.” – @syarosdin

Kepada yang belum tonton filem Sejoli, Budiey rasa korang tak akan rugi membayar RM12 untuk membeli tiket filem terbitan Grand Brilliance ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hanez Suraya Nafi Rampas Suami Orang

Hairul Azreen Bakal Sambut Hari Jadi di Barcelona