in

Sebelum Ke Pawagam, Ketahui Dulu Fakta FIlem PASKAL

Sebelum Anda Ke Pawagam, Apa Kata Korang Baca Fakta Tentang Filem Paskal Ini. Antara Keluarga Dan Negara Di Pawagam Bermula 27 September 2018

Dalam kita menikmati waktu dan momen bersama orang tersayang, ada wira anak bangsa yang sedang berjuang demi kesejahteraan negara tercinta. Kita harus rasa berbangga kerana memiliki angkatan yang sangat tinggi mutu disiplin, berwibawa dan diiktiraf, sama ada di peringkat negara mahupun pada peringkat antarabangsa.

Filem PASKAL

Bersempena sambutan Hari Malaysia pada bulan September ini, sebuah filem baru iaitu PASKAL THE MOVIE akan menemui penonton bermula pada 27 September 2018 di pawagam seluruh tanah air. Ini merupakan filem tempatan pertama yang mengangkat pasukan unit khas dalam organisasi TLDM atau lebih dikenali sebagai Pasukan Khas Laut (PASKAL). Lebih istimewa latar belakang filem ini telah diinspirasikan daripada kisah kejayaan PASKAL.

TRAILER FILEM PASKAL

Filem berdurasi 1 jam 55 minit ini telah mendapat sentuhan pengarah berbakat besar, Adrian Teh. Pengarah dan penerbit muda ini turut membuktikan kemampuan beliau dalam berkarya apabila filem terbitannya iaitu Ice Kacang Puppy Love (2010) menjadi filem Bahasa Mandarin tempatan pertama berjaya menembusi pasaran luar negara, seperti di China.

Selain pengarah berjiwa besar, jalan cerita filem genre aksi ini turut digerakkan dengan watak- watak yang dibintangi oleh pelakon Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G, Jasmine Suraya Chin, Namron, Amerul Affendi, Dato’ Eizlan Yusof dan pelakon Hollywood, Tiger Chen Hu (John Wick 3, The Matrix Reloaded, Man of Tai Chi).

“Sebelum sesi penggambaran bermula, barisan pelakon telah menjalani latihan persiapan fizikal dan mental selama 2 bulan kerana mereka perlu menggunakan taktikal sebenar.”

Watak Laksamana Komander Arman Anwar yang dipegang oleh Hairul Azreen telah diinspirasi daripada watak Panglima PASKAL, Laksamana Pertama Anuar Bin Alias. Sementara itu, watak-watak lain adalah fiksyen.

Uniknya, filem ini bakal membuka minda penonton dengan tugas, kredibiliti serta pengorbanan anggota PASKAL. Sementara itu, pengarah fotografi, Yong Choon Lin juga memberi magis sinematografi dari pembukaan hingga penamat filem antaranya banyak menyaksikan pemandangan indah di Semporna, Labuan, Kota Kinabalu dan Turki. Setiap adegan juga diperkuatkan dengan susunan muzik skor yang kemas bagi memberi ‘mood’ kepada penonton.

Filem PASKAL

Pengarah & Penerbit PASKAL THE MOVIE, Adrian Teh menjelaskan idea menerbitkan filem ini timbul apabila beliau melakukan penyelidikan tentang PASKAL dan rasa kagum dengan pasukan elit ini.

“Mungkin ada segelintir masyarakat di luar sana tidak didedahkan dengan kewujudan PASKAL. Saya harap dengan kehadiran filem ini, ia mampu membuat penonton sedar bahawa negara kita memiliki pasukan elit seperti PASKAL yang hebat, sekaligus mampu menerapkan semangat cintakan negara. Filem ini juga sesuai ditonton oleh semua lapisan usia dan latar belakang.”

“Sebagai pengarah, saya tidak terkecuali dari berdepan dengan cabaran di mana saya perlu menghidupkan semula momen dan detik-detik yang diinspirasikan daripada kejayaan PASKAL supaya dapat difahami oleh penonton. Malah, saya turut menambah elemen drama, persahabatan dan kekeluargaan supaya setiap watak dan babak mampu meninggalkan kesan kepada penonton. Selain itu, saya rasa bertuah kerana sepanjang tempoh awal produksi sehingga pasca produksi, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa memberi sokongan penuh,” tambah Adrian Teh lagi.

Filem PASKAL

Filem PASKAL

SINOPSIS PASKAL THE MOVIE

PASKAL THE MOVIE mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Anwar, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas. Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan.

FAKTA MENARIK

• Kebanyakkan aksi di dalam filem dilakukan sendiri oleh pelakon

• Pelakon Theebaan G merupakan Champion Welterweight, MIMMA 4, Juara Karate Negara 7 kali, pemenang 3 Pingat Perak di Kejohanan Sukan ASEAN

• Menampilkan pelakon Hollywood Tiger Chen Hu

• Pelakon Hairul Azreen berjaya melakukan latihan bongkar pasang senjata dalam masa 6 saat (masa yang diperlukan oleh ahli PASKAL adalah 6 saat).

Filem PASKAL

NOTA PRODUKSI

Durasi: : 115 minit

Filem Pengarah: Adrian Teh

Penebit Pelabur: Asia Tropical Films Sdn Bhd, Golden Screen Cinemas Sdn Bhd, Multimedia Entertainment Sdn Bhd, Granatum Ventures Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd

Pengedar : GSC Movies Sdn Bhd

Filem Produksi: Asia Tropical Films Sdn Bhd :

Kos Produksi: RM10 Juta

Tarikh Penggambaran: 10 Mac 2018 – 30 Mei 2018

Lokasi Penggambaran: Kuala Lumpur, Lumut, Kota Kinabalu, Labuan, Semporna, Turki

Tarikh Tayangan: 27 September 2018

Filem PASKAL

Genre Klasifikasi Bahasa Tanda Pagar

BARISAN PELAKON

Hairul Azreen sbg Arman

Ammar Alfian sbg Jeb

Henley Hii sbg Joshua

Taufiq Hanafi sbg Ustaz

Gambit Saifullah sbg Gagak

Hafizul Kamal sbg Yan

Theebaan G sbg Misi

Jasmine Suraya Chin sbg Lily

Amerul Affendi sbg Rudi

Namron sbg Maznan

Dato’ Eizlan Yusof Panglima Armada

Tiger Chen Hu sbg Han

Sherry sbg Khadijah

: Aksi, Patriotik
: P13
: Bahasa Melaysia / Inggeris
: #PASKALTheMovie, #SentiasaYangTerbaik, #SayangiMalaysiaku

-Tamat –

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LUAR BIASA! Walau Ada Jangkitan Membran Mata, Ismail Izzani Tetap Perform di Super Spontan

Ini Yang Berlaku di #FANtastik Santai Bersama Kelab Peminat Artis ABPBH 31