in

Sebalik Teraju Kejayaan Filem BANTING

Izyan Mellyna Ishak sebagai Yasmin Muhammad
Merupakan salah seorang pelakon kanak-kanak yang berbakat, Izyan Mellyna Ishak mula berjinak dalam dunia lakonan seawal berumur lima tahun. Beliau telah mengembara ke Kanada untuk teater The Vagina Monologues dan ke Edinburgh untuk sebuah pementasan berjudul The “F” Word. Ketekunan dan dedikasi dalam pekerjaannya termasuklah dalam menghasilkan lawak jenaka yang bermutu, menjadikan beliau salah seorang pelakon yang disegani di Singapura. Kebolehan Izyan yang versatil di pentas membawanya kembali ke skrin televisyen dengan membawakan watak-watak mencabar di kedua-dua saluran Bahasa Melayu, Suria dan Channel 5. Pada tahun 2013, Izyan memegang watak utama dalam sebuah siri televisyen, Walimah. Pada tahun yang sama juga, bakat Izyan terus bersinar dan dia telah terpilih untuk menerajui filem BANTING.

Mastura Ahmad as Halimah
Merupakan salah seorang pelakon popular di Singapura, Mastura Ahmad dikenali ramai dengan bakat lakonannya yang versatil dan kebolehannya melakonkan watak komedi mahupun drama. Memulakan karier sebagai seorang pelakon ketika teater Melayu baru ditubuhkan sekitar tahun 80-an, sejak itu Mastura mengorak langkah mengembangkan bakatnya ke layar perak dan televisyen. Sebagai seorang pelakon, Mastura pernah memenangi Anugerah Pelakon Terbaik Pesta Perdana bagi Kategori Lawak Jenaka dan Drama. Lakonan mantap Mastura juga telah membawanya menyeberangi tambak ke Malaysia juga ke peringkat antarabangsa

Fauzie Laily as Zaidy Salihin
Merupakan seorang pelakon yang pernah memenangi beberapa anugerah, Fauzie Laily juga merupakan pemenang tempat ketiga sebuah pertandingan nyanyian tahunan anjuran saluran televisyen Melayu di Singapura, Anugerah. Terus melebarkan sayapnya selepas program Anugerah, Fauzie adalah salah satu bakat baru yang dinanti-nantikan oleh peminat. Beliau kini mengungguli dua saluran di Singapura iaitu saluran Melayu, Suria dan saluran Cina, Channel 5. Memenangi Anugerah Personaliti Paling Popular dan Anugerah Pendatang Baru Terbaik di Pesta Perdana, Fauzie menjadi antara 20 artis paling popular Singapura di Anugerah Planet Muzik tiga tahun berturut-turut dari tahun 2010 sehingga tahun 2012.

PROFIL KUMPULAN KREATIF
M. Raihan Halim – Director
Mengenalkan dirinya sebagai seorang “penulis skrip sambilan, pencerita sepenuh masa”, M. Raiham Halim dalam dunia penyiaran bermula setelah beliau memenangi dua Anugerah Pen Emas di MDA: Pertandingan Menulis Skrip Kebangsaan di Singapura pada tahun 2005 dan 2007. Beliau merupakan satu-satunya penulis/pengarah tempatan yang berjaya menampilkan program televisyen yang merentas budaya dan disiarkan di empat saluran utama di Singapura.

Dikenali melalui drama-drama bermutu tinggi; telefilem berjudul Yazid Wears Diapers telah menerima anugerah Drama Khas Terbaik dalam sebuah program televisyen, Big Time In Little Street telah dicalonkan di Asian Television Award 2010 dan tahun pada tahun 2013, drama Mr Perfect telah memenangi Telefilem Terbaik di sebuah program Anugerah Televisyen Tempatan, Pesta Perdana.

Edmund D. Lim – Pengarah Urusan
Merupakan seorang penggemar filem dan penyokong tegar bakat-bakat kreatif, Edmund percaya pada bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh Raihan dan pasukannya.
Membawa pengalaman dan skilnya dari bidang perniagaan ke dunia perfileman, beliau bersama- sama Raihan mengasaskan Papahan Films dan bertindak sebagai Pengarah Urusan syarikat ini.

Asra Aman – Penerbit
Merupakan lulusan Chapman University, Asra Aman bertindak sebagai Penerbit Kreatif. Berusaha secara kreatif untuk menghasilkan projek-projek yang bukan sahaja komersil malah mencabar pemikiran, seperti sebuah siri yang mendapat perhatian ramai, Papa, Rock! (2011) dan sebuah drama yang bertahan selama dua dekad, BFF (2011).
Pada tahun 2009, beliau merupakan antara lima warga Singapura yang menyertai Summer Internship di Los Angeles. Di bawah tunjuk-ajar penerbit Hollywood, Nana Greenwald, beliau
di tempatkan di Fremantle Media, di mana beliau ditugaskan untuk membantu menyelia pasca- produksi siri America Got Talent dan American Idol.

PROFIL SYARIKAT
Ditubuhkan pada 2008, Papahan Films adalah sebuah syarikat produksi televisyen yang diterajui oleh pengarah kreatif, M. Raihan Halim dan Pengarah Urusan, Edmund D. Lim. Bersama-sama penerbit, Asra Aman, Papahan Films berazam untuk menghasilkan filem-filem dan drama-drama televisyen bermutu tinggi dengan jalan cerita yang luar biasa.

Bermula daripada penghasilan idea dan penerbitan bersama dengan syarikat-syarikat tempatan yang lain, Papahan Films terus berkembang dan menjadi perintis dalam menghasilkan cerita- cerita yang segar dan berjaya menarik perhatian anak-anak muda.

Antara karya-karya yang telah mendapat perhatian ramai dan menjadi fenomena baru dalam penghasilan drama televisyen seperti siri romantik komedi remaja, Step Puteri (2012), dan drama Munah & Hirzi: Action! (2012) yang bukan sahaja menarik perhatian sebahagian besar penonton di alam maya ke kaca televisyen malah menjadi perintis drama yang ditayangkan di pelbagai platform termasuklan radio dan majalah.

Terkenal dengan drama-drama yang pernah memenangi anugerah, Ayah Kat Rumah (2010), Yazid Wears Diapers (2008), Mr Perfect (2011), kejayaan terbesar mereka adalah melalui telefilem Big Time In Little Street (2009) yang tercalon di Asian Television Awards pada tahun 2010.

Antara hasil karya lain Papahan Films termasuklah siri kanak-kanak 100 Wishes (2010) yang telah diterajui sepenuhnya oleh M. Raihan Halim. Pada 2013, Papahan Films telah menerbitkan sebuah drama dokumentari sempena ulangtahun ke-10 SARS untuk Mediacorp bagi saluran Suria dan Channel 5. Selain drama, mereka juga menerbitkan siri klon, Me, Myself & Isaac (2013).

Pada November 2012, Banting adalah antara lapan filem yang dipilih oleh Singapore Film Commission untuk menerima Geran Filem Baru.

2014 Banting ditayangkan di Singapura dan seterusnya menerima undangan untuk ditayangkan di Malaysia pada 8 Mei 2015.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem BANTING

Marion Caunter Penghias Kulit Majalah GLAM Edisi Mei 2015