in , ,

Sebak! Kes Bunuh, Ayah Nur Surya Sayu Peluk Ustaz Ebit Lew

PEMERGIAN anak yang baik Allahyarham Siti Nur Surya Ismail,19, baru-baru ini tular di media sosial sehingga mendapat simpati seluruh masyarakat Malaysia.

Semasa hayatnya, Surya sentiasa menjaga ibu yang menghidap kanser agar ayah dan adik- beradik yang lain dapat melakukan rutin harian dengan lancar.

Kisah Surya yang dibunuh dengan kejam ini turut mendapat simpati daripada pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Sebaik sahaja Ustaz Ebit Lew tiba di kediaman keluarga Surya semalam, ayah Allahyarham iaitu Ismail Muda, 58 tahun, tidak dapat menyembunyikan kesedihannya terus memeluk pendakwah bebas itu.

Kes Bunuh, Ayah NUR SURYA Sayu Peluk USTAZ EBIT LEW

“Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah. 

“Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3. 

“Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan maknya sentiasa. Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat,” tulisUstaz Ebit Lew yang dikongsikan menerusi Facebook miliknya.

Ustaz Ebit Lew sedikit sebanyak cuba untuk menenangkan kesedihan keluarga ini dengan bercerita kisah-kisah para Nabi.

“Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai. 

“Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan. Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga,” kata Ustaz Ebit Lew lagi.

Rentetan pembunuhan Allahyarham Surya di Kampung Lubok Batu, Telemong, rakan sekolahnya telah ditahan reman selama 7 hari bagi membantu siasatan.

Selain pergelangan tangan Siti Nur Surya terputus, pemeriksaan juga mendapati ada kesan tusukan pada leher mangsa dan beberapa kecederaan lain.

Semoga segalanya dipermudahkan dan sama-sama kita doakan Allahyarham Surya ditempatkan dalam golongan orang beriman. Amin..

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alahai, Kecoh Berita Pasal Erra Fazira Dah Kahwin, Tapi Ini Sebenarnya Yang Terjadi

Siri Apple iPhone 12 Dibuka Untuk Pra-Tempahan 9 Malam Ini, Nak Tempah Ke Tak Ni?