in , ,

Sebak Baca Kisah Amran, Ebit Lew Beli Motosikal Baharu

Pendakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ustaz Ebit Lew sekali lagi tampil membantu individu memerlukan dan kali ini membabitkan nasib malang dialami lelaki Orang Asli apabila motosikal miliknya terbakar ketika perjalanan memohon bantuan Baitulmal.

Ustaz Ebit Lew dalam hantaran Facebooknya memaklumkan, dia telah membelikan sebuah motosikal yang baharu khusus untuk Amran Ronggi, 29.

Katanya, dia berasa sebak apabila mengetahui kisah yang menimpa keluarga berkenaan.

“Sebak rasa baca pasal abang bersama dua anaknya perlu bantuan di Johor dan motor terbakar dalam perjalanan. Hari ini saya belikan motor baharu hadiahkan kepada abang ini serta sedikit duit belanja,” katanya.

Sebak Baca Kisah Amran, Ebit Lew Beli Motosikal Baharu

Amran kini tinggal perkampungan Orang Asli Kuala Masai.

Kisah membabitkan terhadap bapa kepada empat anak itu tular selepas motosikal ditunggangnya terbakar ketika dalam perjalanan mendapatkan bantuan buat keluarganya di Plaza Tol Senai pada Isnin lalu.

Dalam kejadian itu, motosikal ditunggang Amran dan dua orang anaknya terbakar di Plaza Tol Senai ketika dalam perjalanan mendapatkan bantuan Baitulmal.

Kejadian itu dikongsi laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, sebelum menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian pelbagai pihak untuk menghulurkan sumbangan.

Sementara itu, pendakwah itu turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan kepada 84 keluarga yang tinggal di Perkampungan Orang Asli Kuala Masai itu.

Ebit turut berkata, syukur banyak pihak tampil menghulurkan sumbangan dan bantuan buat keluarga ini. – UTUSAN ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Dakwaan Fitnah, Hans Isaac Memohon Maaf Secara Terbuka Kepada Eizlan Yusof

Pegang Watak Warak dalam PENUNGGANG AGAMA, Azira Shafinaz Belajar Hukum Bacaan Al-Quran