in

Sebab Mengapa Azwan Gagal Ke Konsert Final Akademi Fantasia 2014

Musnah lebur semua harapan Azwan apabila namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir di konsert separuh akhir Akademi Fantasia 2014. Bayangkan, nama beliau adalah paling atas setiap kali pengumuman top 5 setiap minggu, tiba-tiba tersingkir. Apa perasaan korang jika anda berada di tempat Azwan?

Ini semua bukannya permainan Astro, propaganda atau konspirasi tapi kita kena salahkan pengundi kerana Azwan mendapat undian terendah.

azwan-af2014

Azwan atau nama sebenarnya Azwan Satar telah menyampaikan lagu berjudul ‘Cinta Sesungguhnya’ nyanyian asal Sabhi Sadhi dan sebuah lagu duet bersama penyanyi Noraniza Idris iaitu ‘Tanda Kasih’.

Konsert separuh akhir #AF2014 berlangsung dengan meriah menyaksikan setiap pelajar membuat dua tugasan iaitu secara solo dan duet. Untuk tugasan solo, empat pelajar lain iaitu Ewal telah menyampaikan lagu ‘Rude’ (Magic), Aman ‘Sedetik Lebih’ (Anuar Zain), Nuha ‘Ku Pendam Sebuah Duka’ (Dato’ Khadijah Ibrahim) dan Firman ‘ Nur Nilam Sari’ (Awie).

Manakala bagi lagu duet pula ialah ‘Kalau Cinta’ (Aman & Masya Popstar), ‘Muara Hati’ (Ewal & Adira), ‘Cinta Mu Mekar Di Hati’ (Nuha & Mus May) serta ‘Seribu Tahun Takkan Mungkin’ (Firman & Joey BPR).

Konsert separuh akhir ini juga menyaksikan persembah oleh Dato’ M.Daud Kilau, Rahmad Mega, Nizam Laksamana, Black dan RJ.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dayang Nurfaizah A Celebration of 15 Years in Music

Pengalaman Unik Budiey di Stadium Etihad Manchester City