in , ,

Ada Sebab Kenapa Fazura Tolak Tawaran Berlakon Filem ISTANBUL AKU DATANG

AKTRESS jelita, Fazura yang sinonim dengan filem serta drama terbitan Red Films seperti Gol dan Gincu dan Pisau Cukur terpaksa menolak untuk melakonkan watak Dian dalam filem terbaru syarikat itu, Istanbul Aku Datang, disebabkan ada beberapa babak yang bertentangan dengan prinsipnya.

Umum juga sudah mengetahui bahawa Fazura tidak akan berlakon sekiranya terdapat adegan di ranjang atau babak berpelukan dengan pelakon lelaki.

Watak itu bertukar tangan kepada Lisa Surihani.

“Mungkin bukan rezeki saya dan tertulis untuk Lisa (untuk watak Dian).

“Saya terpaksa menolak kerana terdapat beberapa babak yang melanggar prinsip saya,”

– Fazura
Poster istanbul aku datang

Filem arahan Bernard Chauly yang menjalani 100 peratus pengambaran di ibu negara Turki itu mempamerkan beberapa aksi romantis di antara pelakon utamanya iaitu Beto Kusyairy, Lisa dan Tomok.

Ketika ditanya mengenai desas-desus pembukaan butiknya yang kedua, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 29, menjelaskan, “(pembukaan butik) dalam planning dan masih memikirkan mengenainya.”

Kelibat Fazura kini jarang dilihat di mana-mana majlis hiburan berikutan dia semakin sibuk dan ligat dalam menguruskan perniagaan fesyen miliknya sendiri yang diberi nama House of Doll yang beroperasi di Jalan Telawi 3, Bangsar sejak Mei lalu.

Pelakon yang berasal dari Pekan, Pahang yang pernah merangkul Anugerah Aktres Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia ke-17 ini turut diajukan soalan bila dia bakal menamatkan zaman bujang.

Ketika diajukan pertanyaan itu, Fazura menyatakan,

“insya-Allah, bila jodoh saya sampai, saya akan berkahwin.”

“Saya tak mahu dengar cakap-cakap orang, bila sampai masanya saya akan berkahwin juga nanti,”

– Fazura
Fazura abpbh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jalan-Jalan di Batam Sambil Bermalam di Swiss-Inn Batam

Astro Buka Saluran Pakej Mustika Tanda Penghargaan