in ,

Search Beri Masa 48 Jam Untuk Yazit Tarik Semula Laporan Polis

Vokalis kumpulan Search iaitu Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman memberi tempoh selama 48 jam untuk pemain dram kumpulan itu Yazit Ahmad agar menarik balik laporan polis atas dakwaan pecah amanah terhadap kumpulan mereka.

Amy, 57, berkata, mereka turut menuntut Yazit untuk membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap dakwaan buruk yang dianggap fitnah dan tidak berasas itu.

“Kami memberi tempoh 48 jam untuk Yazit menarik laporan polis yang dibuat pada 4 Mei lalu yang mendakwa terdapat pecah amanah dalam konsert Search 35 tahun yang bakal berlangsung 30 Ogos depan.

“Apa yang dituduh itu tidak berasas sama sekali dan saya menuntut dia meminta maaf secara terbuka atas fitnah berkenaan,” ujarnya kepada mStar Online, di sini, Rabu.

Amy ditemui pada sidang media bagi menjelaskan dakwaan pecah amanah oleh pemain dram kumpulan itu Yazit dalam satu laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju pada 4 Mei lalu.

Yazit turut mendakwa ditengking oleh isteri vokalis tersebut Norhasniza Hassan atau Nourish ketika bertanya soal bayaran.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Berseronok Dalam Dunia Penuh Fantasi

Khairul Amri Abas Pengarah Tundukkan Playboy Itu Meninggal Dunia