in , , ,

Rezeki Anak, Scha Al-Yahya Kini Dilantik Jadi Duta & Wajah Produk MEERACLE

Seiring dengan slogan MEERACLE Leading The Way, pada 26 Oktober 2020, MEERACLE telah mengumumkan Scha Al-Yahya sebagai DUTA MEERACLE.

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih giat dijalankan, ia tidak menghalang jenama kecantikan dan penjagaan kulit yang telah bertapak sejak 5 tahun lalu ini untuk mempromosikan duta mereka di platform-platform media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

Demi menghormati dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihak MEERACLE mengambil langkah untuk mengumumkan duta baru mereka melalui laman media sosial walaupun telah membuat perancangan selama berbulan untuk mengadakan majlis pengumuman duta di sebuah hotel terkemuka, dan ia disambut positif oleh netizen.

Scha Al-Yahya Kini Dilantik Jadi DUTA MEERACLE

Artis tanah air yang lebih dikenali sebagai seorang ikon fesyen yang terkemuka ini juga sangat menitik beratkan penjagaan kulit dan menjadikan beliau figura terbaik sebagai wajah MEERACLE.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MEERACLE, Puan Sharifah Itasha Jamalullai, pencarian duta baharu MEERACLE telah dirancang secara teliti dan syarikat kecantikan ini telah lama mencari duta dalam kalangan ikon wanita dan bersesuaian untuk membawa jenama MEERACLE.

“Sejujurnya pada saya, Scha Al-Yahya, memenuhi semua kriteria sebagai DUTA dan WAJAH MEERACLE. Beliau dihormati di dalam industri seni dan seorang yang sangat mementingkan penampilan, pelantikan Scha Al-Yahya sebagai duta kepada MEERACLE adalah sangat tepat.”

– Puan Sharifah Itasha Jamalullai
Scha Al-Yahya Kini Dilantik Jadi DUTA MEERACLE

Memetik petikan kata daripada duta baharu MEERACLE, Scha Al-yahya berkongsi kenapa beliau memilih MEERACLE sebagai produk tempatan yang pertama memenangi hati Scha.

“Pada Scha MEERACLE adalah satu brand yang sangat besar di dalam pasaran kecantikan , dan melihat perkembangan MEERACLE selama 5 tahun ini, Scha tidak teragak-agak apabila MEERACLE ingin melantik Scha sebagai duta.

Malah Scha berbangga dapat berkerjasama dengan satu jenama yang sangat besar seperti MEERACLE, dan produk -produk yang dihasilkan MEERACLE memang sangat berkualiti dan menepati cita rasa Scha,”

– Puan Sharifah Itasha Jamalullai

Produk MEERACLE yang akan dibawa oleh Scha Al-yahya terdiri daripada 5 produk penjagaan kulit iaitu dua hero produk MEERACLE, Gemstone Facial Serum dan Gemstone Facial Cleanser dan juga produk keluaran terbaharu MEERACLE yang baru dilancarkan pada awal Februari tahun ini iaitu MEERACLE Under The Sea Collection yang terdiri daripada Toner, Moisturizer dan Scrub.

Mementingkan hidrat pada kulit, koleksi Under The Sea mempunyai kandungan yang bagus untuk kulit wajah seperti Niacinamide dan bahan-bahan berasaskan kehidupan laut seperti Algae dan Laminaria Digitata.

Menurut Scha Al-Yahya, selaku duta MEERACLE, selain mementingkan penjagaan kulit yang lengkap, beliau juga sangat memandang berat tentang kualiti dan kandungan yang terdapat didalam produk-produk kecantikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiada Jodoh, Nonny Nadirah Batal Majlis Nikah Dengan Niezam Zaidi

Filem MAEL TOTEY THE MOVIE Raih Kutipan RM2.56 Juta Dalam Masa Empat Hari Tayangan