in , ,

Samsung Lancar Galaxy A22 5G & Galaxy A22 LTE, Bakal Berada di Pasaran Mulai Julai 2021

Sebelum ini Samsung pernah melancarkan telefon pintar 5G berharga mampu milik iaitu Galaxy A32. Kini, sebuah lagi telefon pintar mampu milik berkeupayaan 5G dilancarkan melalui Galaxy A22.

Selain dari varian 5G, siri ini juga menawarkan model LTE yang mempunyai sedikit perbezaan selain dari sokongan rangkaiannya. Siri Galaxy A22 ini bakal menemui pengguna pada Julai nanti.

Samsung Lancar Galaxy A22 5G & Galaxy A22 LTE, Bakal Berada di Pasaran Mulai Julai 2021

Samsung Galaxy A22 5G

Walaupun tidak dinyatakan secara jelas mengenai cipset yang digunakan, telefon pintar 5G pada harga begini pastinya menggunakan Dimensity 700.

Telefon pintar ini juga menawarkan pilihan memori dan storan bermula dari RAM 4GB dan storan 64GB. Turut ditawarkan pilihan RAM 6GB dan 8GB serta storan dalaman 128GB. Malah, ianya juga menyediakan slot kad mikroSD. Bagaimanapun, pilihan konfigurasi memori dan storan ini bergantung pada di mana ianya dipasarkan kelak.

Paparan yang disediakan oleh Samsung Galaxy A22 5G ini adalah LCD 6.6-inci dengan resolusi 1080p+ dan kadar penyegaran semula 90Hz. Untuk kameranya pula, telefon ini menyediakan konfigurasi tri-kamera dengan sensor utamanya 48MP tanpa OIS. Turut disediakan bersama sensor 5MP untuk ultra lebar dan sensor 5MP untuk kedalaman. Tidak ketinggalan sebuah kamera swafoto 8MP turut disediakan di sebelah hadapannya.

Kapasiti bateri yang ditawarkan olehnya adalah 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 15W. Juga disediakan pengimbas cap jari yang ditempat di sebelah sisinya. Samsung Galaxy A22 5G dijual pada harga €229 (~RM1,144).

Samsung Lancar Galaxy A22 5G & Galaxy A22 LTE, Bakal Berada di Pasaran Mulai Julai 2021

Samsung Galaxy A22 LTE

Varian ini adalah sedikit berbeza dengan model 5G, terutamanya pada cipsetnya yang menggunakan Helio G80.

Pilihan RAM yang disediakan adalah 4GB dan 6GB sahaja. Manakala untuk storan dalaman pula disediakan pilihan sama ada 64GB atau 128GB. Selain itu model ini juga tidak menyediakan kad mikroSD untuk penambahan ruangan storan.

Berbeza dengan varian 5G, Galaxy A22 LTE menawarkan panel paparan Super AMOLED 6.4″ dengan resolusi 720p dan kadar penyegaran semula 90Hz.

Samsung Lancar Galaxy A22 5G & Galaxy A22 LTE, Bakal Berada di Pasaran Mulai Julai 2021

Kamera utamanya menyediakan sebuah sensor utama 48MP dengan sokongan OIS, serta sensor 8MP untuk ultra lebar dan sensor 2MP untuk kedalaman. Pada sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera swafoto 13MP.

Setakat ini masih belum ada maklumat mengenai harga bagi Samsung Galaxy A22 LTE.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Royal Canin Galakkan Pemilik Kucing Ke Klinik Veterinar Lebih Awal Dalam Tempoh PKP

Waris Pesakit Covid-19 Akhirnya Cerita Perkara Sebenar Isu Lewat Kebumi Jenazah